“Takkan 4 Minit Saya Nyanyi Semua Sumbang, Mesti Ada Yang Sedap”
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular nyanyian Nabila Razali yang ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua secara langsung sehinggakan rata-rata netizen mempersoalkan kemampuan vokal penyanyi itu.
Cuba sedaya upaya bangkit selepas dikritik teruk, namun Nabila akui kecewa susulan kejadian itu. Ujarnya, ia merupakan isu besar kerana dia tidak merancang untuk menyanyi seperti itu apatah lagi pertama kali membawakan lagu tersebut secara langsung.
BACA: Nabila Razali Terima Hati Terbuka Jika Lagunya Layak Ke AJL
“Saya bangkit semula selepas apa yang jadi. Sejujurnya saya memang down sangat-sangat dan saya perlukan satu hari untuk bangkit dan bekerja semula.
“Bagi sesetengah orang, mungkin mereka memandang perkara itu remeh kerana mereka anggap saya dah biasa nyanyi seteruk itu.
“Tapi bagi saya ia merupakan isu besar sebab saya tidak rancang untuk menyanyi seperti itu dan ia merupakan pertama kali saya menyanyikan lagu itu secara langsung,” katanya kepada Media Hiburan.
Dalam pada itu, Nabila meluahkan rasa syukur kerana masih ramai yang menyokongnya. Ujarnya, jika diberi peluang untuk mempersembahkan lagu itu dipentas besar, dia akan mempersiapkan diri dan perbaiki mutu nyanyian.
“InsyaAllah jika diberikan kesempatan kenapa pula tidak. Jadi, saya perlulah persiapkan diri saya. Ini merupakan cabaran sebagai anak seni. InsyaAllah saya akan perbaiki lagi selepas ini.
“Apa pun yang terjadi janganlah cari yang silap je. Takkanlah 4 minit saya nyanyi semuanya sumbang. Mesti ada satu dua bahagian yang sedap,” katanya.
- SUMBER
- Media Hiburan
Aku tak pernah dgr minah ni punya lagu… Takut pulak nak dengar… Semua org cakap sumbang.. pendek kata talent mmg tak ada.. mcm dulu pian tu pun aku tak nak dengaq.. tapi ada satu hari tu mak aku bukak tv ada satu rancangan tu pian nyanyi live… Ya Allah rasa nak cuci je telinga..
Semua org boleh menyanyi… Tapi berapa org je yg ada talent.. and aku pasti la minah ni takda talent tu.. banyak penyanyi skrg ni asal menyanyi je.. talent takda pun takpa
Lepas tu tak habis² ckp nak buat lg better lepas ni… Taknak terima hakikat dia mmg takda talent kut
YES, YA, BETUL, CORRECT, EXACTLY, DEFINETLY SUARA KAU SUMBANG DAN SENGAU. KETARA JELAS AUTOTUNE. AUTOTUNE TAK COVER2. nasihat ikhlas, tolong la g kelas vokal. duit berkepok hasil dari paid perview, tak kan la kedekut nk invest untuk benda yg bantu karier kau. suara kau tu tahap g karok kt redbox je. nk bagus g la berguru.
X yah nyanyi lh..bt org byk dosa je asyik ngutuk ko..
Mmg x sedap..sedap lgi suara bayi berteriak.
Ini berita sahih
Lagu dia seblom2 ni takdela sedap sgt. Tp lagu terkucil tu, mmg sedap–sayang sgt dpt kat dia ni. Ramai lg retis2&marhaen2 yg cover lagu tu dan jauh lebih sedap.. paling layan versi korea han byeul buat..
‘bukan penyanyi ada vokal’….diludah.
Dia nyanyi Lagu2 mcm Britney spears sesuai la..tapi Lagu2 mcm Britney spears Tak sesuai dgn dia
Yg menjahamkan industri seni kita ialah stesen2 TV dan radio yg lambakkan scene kita dgn artis2 baru yg xde bakat.
Tiap tahun ada berpuluh ribu graduan seni samada dri ipta atau ipts keluar. Tp dari ribuan bdk2 yg ada degree, diploma dlm bidang seni ni brp ramai yg berjaya jadi anak seni yg membangunkan industri kreatif ni?! Yg ramai masuk dlm bidang lakonan dan nyanyian ni ramai yg dtg dri program TV tp xde bakat tp masih diberi tempat dlm industri di bayar dgn harga taraf2 professional artis walau mrk punya skill dan talent mcm sampah!!!
Dia ni kena makan apam akak kasi lidah halus dan kerongkong besar
Next topik pleas.
Mana cerita artis lain. Asyik cerita tentang org sama je.
face the fact dik. kau memang takda bakat. bangkitlah cemana pun, down lah macaman pun, itulah reality nya.. elok au tukar kerjaya lah.
Nasib dia kira baik…acting pun selalu jadi heroine walau tak berapa nak berwajah Siti Saleha…rezeki dia la
suara tak live pun x sedap,apatah lgi suara live. Semua org blh nyanyi dik, tp x semua ada suara yg merdu. Yg part merdu tu yg ko xda dik. Ada la 2-3 part yg sedap jga didengar tp overall tak merdu dik.sorry
Lagi sedap kambing tu nyanyi duet ngan taylor swift tu dari ko…serious kambing tu dah international femes…ko asyik terkucil dan terkencing jer..ceh buat malu kambing2 malaya jer.
dia rasa dia sedap nnyi..??
ermmmmmmmmmmmmm…..
ko xboleh nyanyi laa..
sekadar nyanyi dalam bilik air boleh la
untuk recording artis nnyi live pon hancurrrrr
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. In Syaa Allah setiap manusia tu ada kelebihan dan kekurangan. Yang takda bakat semula jadi tetapi ada usaha tingkatkan mutu suara dan sedia belajar in Syaa Allah.. Boleh pergi jauh lagi dalam bidang ni.
Allah cipta hambaNya dengan pelbagai kelebihan. Takdir boleh berubah jika kita berusaha dan berdoa kepada Allah.
Begitu juga dengan kita dalam memilih jalan hidup. Berusaha, berdoa dan tawakkal.
Doakan yang baik2 sesama islam. Itu lebih baik dari mengecam dan sebagainya. Kita sendiri pun bukannya sempurna sangat. Apapun doakan yang baik2….. In Syaa Allah bila kita doa yang baik2 kepada orang lain kita juga akan dapat doa yang baik dari malaikat yang mendengar doa kita. In Syaa Allah. Wallahuaklam.
Awk jadik pelakon n influencer je
penyanyi mcm awk merosak kan mutu muzik malaysia. suara awk xmerdu n xde weight. viral je lebih. radio malaysia pun terok sgt taste.
Hakikat sumbang terima je lah
Bila dah tergolong dalam grup celebrity penyanyi ni dah dikira popular.Dah rezeki dia dekat ctu.Tak baik mengutuk org.Penyanyi ini lebih sesuai jadi pelakon.
Lagu mmg sedap tp syg, di nyanyi kan oleh org yg xbape nak sedap suaranya
Kalau la lagu ni layak ke ajl, siapa yg nak nyanyi ek?
Confirm lagu ni kena byk potong point
Yang backup dan acah2 ustazah tu mesti Nabila Razali yang komen.