Pelawak Amir Raja Lawak memaklumkan dia kini sudah dipindahkan ke wad biasa selepas 10 hari berada di unit rawatan rapi (ICU) kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amir berkata dia masih bergantung pada alat bantuan pernafasan dan akan terbatuk-batuk jika banyak bercakap.

BACA: Amir Raja Lawak Sedar Tapi Tak Boleh Bercakap, Nafas Tercungap-Cungap

“Kadang saya masih blur, kadang termenung, kadang tak ingat. Saya boleh katakan, nak dapat balik kondisi keadaan diri saya 50/50 macam hari tu pun struggle lagi sekarang

“Masih struggle lagi, untuk bernafas sekalipun, apatah lagi nak bergerak, memang ambik masa Bercakap banyak patah pun jadi terbatuk-batuk, jadinya saya banyak diam

“Saya kena perlahan-perlahan untuk latih paru-paru kembali aktif macam sebelum ini, tak boleh buat dengan terburu-buru supaya paru-paru dapat blend dengan kondisi tubuh badan semasa saya,” tulisnya.

Sementara itu, Amir menyifatkan apa yang dilaluinya ini adalah ujian dari Allah namun mengakui tidak tertanggung menahan sakit tersebut.

“Apa yang boleh saya cakap dengan ujian Allah bagi ini, yang biasanya orang cakap sakit adalah untuk menghapuskan dosa kecil

“Kalau hapuskan dosa kecil pun dah sesakit ini, bagaimana keadaan saya jika untuk untuk bersihkan dosa besar saya? Ya Allah, tak tertanggung sakit ini. Memang sakit Ya Allah,” katanya.

×