fbpx

Kalau anda perasan dah setahun pun usia kerajaan Perikatan Nasional di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tarikh 1 Mac 2021. Cepat jer masa berlalu kan.

Macam-macam yang kita tempuh sepanjang setahun ni terutamanya kita diduga dengan satu krisis besar yang mengancam nyawa kita semua, iaitu pandemik COVID-19.

Pun begitu, kerajaan mainkan peranan mereka dengan baik di bawah pemerintahan PM kita ni. Pelbagai bantuan diberi untuk membantu kita. Tak kisahlah golongan muda ke tua ke, semuanya dipukul rata.

Bagi geng muda, banyak juga bantuan yang diberikan. Sangat membantu sebenarnya. Dapat ringankan beban kita semua.

Mungkin anda boleh check out beberapa bantuan yang anda dapat sempena genap setahun Kerajaan Perikatan Nasional dibentuk ini. Jom!

ePenjana: Tebus RM50 kredit Melalui Boost, GrabPay atau Touch ‘n Go eWallet

Pada Julai 2020, rakyat Malaysia boleh menebus RM50 kredit ePenjana daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang dipilih kerajaan iaitu Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.

Mesti anda menebusnya kan? Program ini katanya akan dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesan kontak COVID-19 MySejahtera.

Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Tengku Zafrul berkata, program dengan peruntukan sebanyak RM750 juta kredit ePENJANA itu adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang bertujuan untuk membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.

Bantuan Untuk Orang Bujang

Seperti yang kita tahu, Bantuan Sara Hidup atau BSH adalah satu bantuan daripada Kerajaan untuk diberikan kepada beberapa kategori penerima yang telah dikenalpasti. Orang bujang pun ada ‘bahagian’.

Bantuan ini diberikan dalam bentuk tunai kepada anda yang layak dan ditentukan melalui satu set kriteria yang telah diumumkan oleh kerajaan. Dan anda yang bujang trang tang tang tu pun mestilah tidak ketinggalan. Anda yang bujang berpendapatan RM2,500 menerima bantuan sebanyak RM350.

Bukan sikit ye jumlah tu..banyak tau. Ringan sikit beban tu ha dikala kita dilanda wabak pandemik ini. Tapi sekarang BSH dah tak wujud lagi. Sekarang ni dah digantikan dengan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPR).

Pas My30

Haa, kalau anda masih ingat, kerajaan ada memberikan bantuan pas My30 yang menawarkan perjalanan tanpa had kesemua rangkaian RapidKL dan akan memberikan penjimatan berganda.

Dan yang bestnya kerajaan meneruskan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 dan memperluaskannya ke Pulau Pinang dan Kuantan dengan peruntukan keseluruhan RM300 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ada berkata inisiatif ini membolehkan anda menikmati perkhidmatan bas dan rel kendalian Kumpulan Prasarana Malaysia (PRASARANA) dengan harga RM30 sebulan. Jimat kan?

Program itu membabitkan empat perkhidmatan, iaitu Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KL Monorail dan bas Rapid KL yang dianggarkan memberi manfaat kepada lebih sejuta pengguna.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Geng anak mudah memang suka sangat bila kerajaan menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN ni sehingga 31 Mac 2021 semasa wabak pandemik menyerang negara kita.

Faham dengan situasi yang dialami semua, jadi kerajaan tak teragak-agak nak membantu anda. Ada yang masih tak bekerja, malah ada yang diberhentikan kerja pun disebabkan wabak ni menyerang. Jadi bila dah ada penangguhan bayaran, ringan sikit beban nak bayar komitmen tu.

Penciptaan Peluang Pekerjaan

Pandemik COVID-19 memberi kesan yang besar kepada masalah pengangguran di negara kita. Pada tahun 2020, sebanyak 107,024 kes pemberhentian kerja dilaporkan manakala 14,273 kes lagi dilaporkan sehingga 21 Febuari 2021.

Jadi untuk mengatasi masalah pemberhentian kerja dan pengangguran, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) yang merupakan badan tertinggi dalam penetapan dasar dan strategi serta pemantauan pelaksanaan inisiatif berkaitan penciptaan pekerjaan.

Bagi tahun 2021, MPN membuka 500 ribu peluang pekerjaan kepada kita semua.

Untuk tujuan ini juga, Kerajaan menerusi PERKESO melaksanakan program PenjanaKerjaya 2.0 dan pemerkasaan portal MYFutureJobs bagi menggalakkan majikan mengambil dan melatih pekerja-pekerja baharu.

Fuh, at least dah boleh tarik nafas lega dah. Kalau anda nak tahu, sepanjang tahun lalu, seramai 161,603 pencari kerja telah ditempatkan di dalam pekerjaan baharu. Setakat 26 Februari 2021, seramai 25,648 orang lagi telah berjaya mendapat pekerjaan. Alhamdulilah!

Di samping itu, melalui MyFutureJobs, terdapat 243,892 tawaran pekerjaan yang masih terbuka untuk para pencari kerja di mana 143,320 peluang pekerjaan telah diwujudkan menerusi portal MYFutureJobs.

Jadi tiada alasan lagi, kalau anda cakap tak ada kerja sepanjang wabak pandemik COVID-19 ni menyerang.

Bantuan Internet Percuma

Pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melibatkan Pelan Penjana Ekonomi Negara Malaysia yang diharapkan dapat membantu meringankan kos sewaktu menjalankan aktiviti pendidikan online di rumah, telesidang dan sebagainya umpama memberi sinar buat kita semua.

Inilah antara bantuan yang sangat diharapkan-harapkan tau. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah Bantuan Data Internet dan wifi percuma dan free dengan kapasiti 1GB percuma dengan internet kelajuan tinggi akan diterima oleh semua pelanggan pascabayar dan prabayar Digi, UMobile malaysia, Unifi, Time Maxis dan Celcom sepanjang tempoh PKP 2021.

Padu Gais!

Amacam gais? Kalau nak disenaraikan memang terlalu banyak bantuan dari Kerajaan yang diberikan pada kita. sangat-sangat membantu. Bersyukur sangat.

Tak kiralah anda bujang ke, yang berkeluarga ke, warga emas, wanita atau ibu tunggal atau janda, Orang Kurang Upaya (OKU) mahupun bayi atau kanak-kanak semuanya ada bantuan yang disediakan. Rajin-rajinlah semak bantuan yang kerajaan berikan pada anda tu. Update selalu ye, jangan malas okay!