fbpx

Tak Tapis Bahan ‘Review’, Safiey Illias Dikecam Kandungan Iklan Keterlaluan

Meskipun kontroversi ini bukan ditimbulkan oleh dirinyanya, nampaknya usahawan kosmetik, Safiey Illias dikecam lagi oleh netizen susulan tindakannya yang tidak menapis bahan iklan sebelum mempromosikan di Instagram miliknya.

Menerusi Instagram, Safiey dikatakan memuat naik sebuah video memaparkan seorang wanita bertudung yang bertindak menyelak bajunya sehingga menampakan sebahagian payu dara miliknya.

BACA: Safiey Illias Mahu Tukar Warna Mata Di India

Video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen dan menganggap Safiey kurang peka kerana tidak menapis iklan tersebut terlebih dahulu sebelum dalam menerbitkan untuk tatapan umum.

Netien menyifatkan iklan tersebut sangat melampau kerana seolah menghina agama sendiri kerana wanita berkenaan memakai tudung tetapi melakukan perkara sedemikian sehingga menampakkan bahagian tidak sepatutnya.

Bagaimanapun selepas dihujani ribuan komen yang menghentam produk tersebut, Safiey dilihat telah menutup ruangan komen.

Walau bagaimanapun, setelah dihentam hebat oleh netizen di entri berkenaan, Safiey dilihat telah menutup ruangan komen namun video iklan berkenaan masih berada di ruangan Instagramnnya.