fbpx

Safiey Illias Mahu Tukar Warna Mata Di India

Sebelum ini, usahawan kosmetik Safiey Illias mendedahkan hanya 30 hingga 35 peratus sahaja bahagian tubuhnya masih asli dan sudah membelanjakan sebanyak RM2 juta untuk membuat pembedahan dan rawatan kosmetik.

Terbaru, Safiey berkata dia akan melakukan pembedahan untuk menukar warna matanya di New Delh, India. Menurut Safiey ia merupakan kaedah kosmetik dengan menanam implant iris pada mata.

BACA: Safiey Illias Tak Mahu Jumpa Mana-Mana PU

Ujarnya, pada awalnya prosedur yang bakal dilakukan itu bertujuan untuk memperbaiki kekurangan pada mata, namun ia turut dilakukan bagi tujuan kosmetik.

“Next surgery, tukar warna mata di New Delhi. Ronanya ialah Frost Gray. Ia ditaja dan pakarnya daripada Amerika Syarikat,” katanya.

Sanggup berhabis demi kecantikan diri, Safiey berkata dia mempunyai alasan tersendiri. Tegasnya lagi, ia bergantung pada individu dan dia melakukan untuk kepuasan dirinya.

“Janji saya tak habiskan pada orang lain, sudah. Ia satu kepuasan untuk saya. Kita buat bisnes, mahu jadi cantik dan buat bisnes. Bila rasa sudah cukup, cukuplah.

“Kemudian kita lakukan pula hobi yang lain. Misalnya apa lagi yang boleh membakarkan semangat kita dalam berbisnes. Sebab saya perecaya kita tak boleh nak paksa orang untuk buat apa yang kita tidak suka,” katanya.

Terdahulu,  Safiey berkata dia sudah tidak memerlukan lagi sebarang pembedahan dan rawatan kosmetik kerana merasakan dirinya sudah sempurna sebagai wanita. Bagaimanapun, Safiey turut menitipkan pesanan supaya tidak mengikut jejak langkahnya.