fbpx

Kes saman fitnah Siti Nordiana memasuki fasa baru apabila dua lagi defendan iaitu Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Razidah Ahmad menegaskan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Menurut peguam yang mewakili mereka iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli berkata penegasan itu akan menjadi penyataan pembelaan yang akan difailkan di mahkamah pada Isnin.

BACA: Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Selesai Luar Mahkamah Kes Saman Siti Nordiana

“Secara ringkasnya, berdasarkan pembelaan yang dimasukkan, pihak defendan keempat dan kelima percaya kes ini adalah tidak wajar diteruskan kerana kata-kata yang diadukan Siti Nordiana tidak berbuar fitnah.

“Dakwaan fitnah yang dibuat oleh Siti Nordiana terhadap anak-anak guam adalah disangkal,” katanya.

Dalam pada itu, Hafidzah berkata anak guamnya tidak gentar berdepan dengan pihak plaintif dalam mencari kebenaran kerana dia yakin tiada sebarang fitnah dalam kenyataan anak guamnya.

“Defendan-defendan tidak takut kerana mereka berada di sisi kebenaran. Pihak defendan akan berjumpa dengan pihak Siti Nordiana di mahkamah dan barisan peguam kami akan memberikan yang terbaik untuk membela nasib defendan,” katanya.

Terdahulu, Siti Nordiana menuntut permohonan maaf menerusi media serta membayar RM500,000 setiap seorang.

Selain itu, Nana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi penyataan tuntutan tersebut.