Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Selesai Luar Mahkamah Kes Saman Siti Nordiana
Minggu lalu kemelut antara Siti Nordiana bersama Lan Solo, Syura Badron serta tiga lagi individu memasuki episod baru apabila Nana menuntut permohonan maaf menerusi media serta membayar RM500,000 setiap seorang.
Terbaru, lima sekawan tersebut kini menggunakan khidmat guaman berbeza dimana Syura, Lan Solo dan isterinya, Sheila Hassim diwakili peguam sama iaitu Muhmmad Hafiz dan Alan Razak.
BACA: Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan Berdepan Muflis Jika Gagal Jawab Tuntutan
Sementara itu, dua lagi individu iaitu Aida G dan jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin, masih tidak diketahui siapa peguam yang akan mewakili mereka.
Menurut Hafiz, mereka sudah pun memfailakn memorandum kehadiran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Isnin lalu dan dalam proses melengkapkan penyataan pembelaan terhadap tuntutan Siti Nordiana.
Dalam pada itu, Hafiz memberitahu kemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan kesemua penyataan.
“Buat masa sekarang, tiada perkembangan lain yang boleh dikongsikan. Bila kami dah selesai failkan penyataan pembelaan, barulah kami akan maklumkan apa intipati penyataan tersebut.
“Mungkin pihak kami dan peguam yang mewakili Nana akan berbincang mengenai kebarangkalian untuk mediasi di luar mahkamah selepas pihak Nana memberia jawapan kepada penyataan pembelaan,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Tak abis lagi ker.. Elok setel luar jela, ntah2 ujung2 Nana maafkan je kot..
Kita idup ni tak lama..kot esok lusa terkena covid masuk kategori 5 icu..xkan masa tu baru nak update status..Saya minta maaf dan maafkan semua?
kengkawan sedara pun ramai dah mati kene covid..takut masa mati nnt, member2 semua tanak bagi statement sbb mmg tak baik ngn ko sejak ko sehat walafiat lagi..paling2 pun setakat cakap Arwah baik orangnyer..tapi xde bukti atau cerita baiknyer pun, setakat nk jaga hati family dia je..
Cermin2 la diri kita, kalau masa hidup lagi kawan2 dah start kutuk..rasa dah mati nnt dorg nak pujikahhh..pikir2 kn
Betul kak jah. Duit yg dikejar tak bwk kita ke syurga pun kalau mcm ni gayanya. Marilah muhasabah diri kita semua.
Biasalah…mmg loyer praktiskan akan advise step 1..settle luar..byr/memenuhi pemintaan plaintif , mana2 kes pun akan diminta mediasi/rundingan, tapi kalo defendan x ikut apa yg diminta plaintif mase proses mediasi, maka kes akan diteruskan..
Saya rasa artis bernama SITI NORDIANA tu ok jer klau 5 sekawan tu mintak maaf…
Gasaklh korang..nk gaduh je kejenye..
Kalau awal2 hari tu buat mohon maaf secara public, rasanya dh setel dah kes ni