Tak Tahan Dihina, Wani Comel Mahu Saman Netizen
Tidak hanya akan berdiam diri, gadis obesiti, Wani Comel berkata dia akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap netizen yang melemparkan kata-kata fitnah terhadap dirinya.
Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim berkata dia terpaksa berbuat demikian berikutan banyak tohmahan dileparkan selepas dia membuat pendedahan didakwa diperdaya oleh usahawan kosmetik.
BACA: “Kerjalah Wani, Dah Boleh Jalan Carilah Rezeki, Nak Harap Bantuan Sampai Bila?”
“Terlalu banyak pihak yang tak henti henti mengacau hidup wani dengan pelbagai kata kata kesat dan tak kurang juga ada yang mendoakan Wani mati.
“Wani ingin menasihatkan agar mana-mana individu yang tag Wani dengan cubaan gangguan, fitnah, cacian, makian, hinaan dan apa-apa perkara negatif lain termasuk body shaming, Wani sendiri akan membuat laporan polis dan laporkan kepada pihak SKMM kerana Wani berhak berbuat demikian,” katanya.
Wanita turut meminta netizen supaya berfikir terlebih dahlu sebelum menulis komen jika tidak mahu sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Ujarnya, dia dalam usaha mengumpul kata-kata hinaan itu sebagai bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.
“Mereka yang membantu wani telah mengumpulkan semua bukti2 komen anda yg menghina, mengecam,menghasut masyarakat utk provokasi menimbulkan perbalahan hal wani di media sosial di Instagram dan DM Wani.
“Tiada faedah untuk Wani menipu sesiapa dan tiada untungnya Wani buat tindakan macam tu. Hati hati bila menulis takut termakan diri,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Bertabahlah dik, byk pengampu2 org kaya dlm Rotikulat ni
Si bodoh bangang pembela lgbt pun bnyak dlm ni
pembela da’i pun byk lebai songsang
Ya adik wani.. tabahla.
Allah bsm org yg benar
Kuatkan semangat..awak berani dik…
Siannya ko dik…macamana la ko boleh jadi montel luar biasa cam tu, ni mesti ko membedal tak hingat donia…apa pun hakak nasihatkan ko tak payah layan komen2 netizen tu…tak payah baca lagi bagus…daripada ko nak pening2 kepala nak sedih2…nak saman2 lebih baik kau tumpukan usaha untuk menurun berat badan kau tu, tunjukkan yg kau mampu buat.
Dan tak payah mengharapkan janji2 manis orang kaya.
Berdoa banyak2 kuatkan semangat semuga Allah bagi petunjuk untuk kau terus maju.
byk duit nak saman..baik ko gunakan duit kau utk buat operation cam penyanyi aisyah tu, jgn tunggu ihsan org…org takn tolong kamu seumur hidup dan jgn lupa budi dan jasa org pada kmu..dh dlm pantang yg kko curi makan tu apahal…ko sndiri x nk bantu diri mu sndiri…
Sikit2 nk saman org..terasa sikit nk saman..org kata nk saman..dh byk duit sgt ke..hebat sgt ke..lebih baik ambik positif apa yg org ckp tu..jd lebih semangat utk majukn diri sendiri utk berjaya..x perlu nk harapkn sgt bantuan org..apa yg org bg tu kira syukurlh..x yah pulak nk minta lebih2..nk bahagia kgn suka cari gaduh ngn org..org kata kite buat bodoh je..bukan luak pun..bukan blh mati pun..lama2 diamlah org tu..
mmgla jd duta. tp bayaran ke apa ikut level la dik.. jgnla perasan duta awak tu level erra fazira , tokti ke dik.. yg byrn 5,6 angka
Saya faham maksud wani, slps operate perlu rawatan susulan.Utk rakyat mcm kita mana nak mampu byr rwtn susulan. Kalau dibiar tanpa rwtn mmg akan mengganggu tahap kesihatan dan mental.
Waktu muda kita akan melalui pelbagai dugaan hidup, moga cekal & kuat semangat