fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai Wani Comel yang telah membuat pendedahan yang mendakwa diperdaya dengan janji manis usahawan kosmetik berhubung pelantikannya sebagai duta produk pelangsingan.

Tampil memuat naik kenyataan balas mengenai tuduhan Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim itu, Datuk Seri Aliff Syukri berkata tuduhan gadis itu mencemarkan nama baiknya.

BACA: Aliff Syukri Hadiahkan Rumah Mewah Dua Tingkat Untuk Isteri

Aliff turut mempersoalkan tindakan gadis itu mengungkti isu yang sudah lama berlalu dan tidak sepatutnya dibangkitkan semula. Aliff berkata dia akan mengadakan sidang media pada Isnin depan untuk penjelasan lebih lanjut.

“Saya dah lama beritahu yang saya buat bariatik pada Wani atas nasihat doktor dan saya post di Facebook pada tarik 19 Ogos 2019.

“Benda dah lama kenapa baru nak cerita, ketinggalan ke awak? Lain kali nak kenakan orang research habis-habisan dahulu.

“Nak tahu detail tunggu Isnin ini dan apa tindakan yang bakal saya ambil kepada mereka yang tak habis-habis ambil kesempatan untuk menjatuhkan saya,” tulisnya di Instagram.

Aliff turut meminta Wani untuk bekerja berikutan keadaan gadis itu sudah semakin pulih dan boleh berjalan. Katanya, dia sudah menanggung segala kos termasuk kos terapi, makan dan tempat tinggal sepanjang melakukan pembedahan bariatrik.

“Kepada Wani terima kasih banyak-banyak. Awak nak saman saya? Kerjalah adik Wani sayang oii.. dah boleh jalan carilah rezeki..

“Orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila. Sepanjang rawatan kos semua saya tanggung, satu sen tak minta duit awak, jadi jangan menagguk di air yang keruh,” tulisnya.