Tak Serik, Bonda Rozita Tertekan Aliff Syukri Insaf Tak Sampai Seminggu
Sebelum ini memuat naik video menangis teresak-esak serta mahu undur diri dari media sosial, namun tak sampai seminggu usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kembali memuat naik video di Instagram.
Menerusi perkongsian itu, Aliff memuat naik video menari dengan sebatang mop kayu serta memaklumkan lagu dangdutnya berjudul Baby Sayang akan dilancarkan hari ini.
BACA: Aliff Syukri Mohon Maaf, Undur Diri Dari Media Sosial
Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu mengundang kecaman ramai serta ada yang menyindir usahawan itu yang kononnya sebelum ini mahu memadam akaun Instagram miliknya.
Turut kelihatan komen ibu usahawan itu iaitu Bonda Rozita yang mengatakan dia sudah tidak tahan menanggung fitnah disebabkan perbuatan anaknya itu.
Kata Bonda Rozita lagi, anaknya itu lebih mementingkan pihak pengurusan rakaman lagu tersebut berbanding teguran daripadanya.
Menurutnya lagi, Aliff seolah tidak serik mencetuskan kontroversi serta dia berasa tidak aman kerana tidak sampai seminggu anaknya kembali memuat naik perkongsian.
Terdahulu, Aliff turut memohon maaf kepada ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.
Aliff berkata dia membuat keputusan undurkan diri dari media sosial demi ibunya, isteri serta anak-anak. Ujarnya lagi, dia menyifatkan kali ini adalah ujian paling berat buat dirinya.
- SUMBER
- Cari Forum
sama je anak beranak menantu…lapau perhatian…kuat drama
ak dh cakap suma ni drama.. anak, mak, wife.. sama je sume.. kengkonon ujian suami.. hehh.. beza sgt dorg nih dengan Yati
dia ni gila
Dapat rasa mak dia genuinely tertekan.
Pokkies mak hang
Anak nko nie..GILO bonda??
Kenapa Mak dia tak mesej personally je?
Doakan yang baik baik saja untuk seluruh keluarga Dato..moga mereka akan berHIJRAH ke arah kebaikkan dan sentiasa berada didlm kebarkatan Allah
T20 mana ada akai nak fikir. halal haram??? deme tahu duit je yoppppppppppp. B40 juga tahu halal haram. Duit bersederhana asalkan halal.
Sudah2lah ugut anak tu, buat perangai sama jugak. Nanti kontroversi lagi…mak ulang nasihat kat sosial media lagi. Nak perhatian gamaknya. Tak de siapa nak fitnah si syukri nilah…benda memang terang2. Video kot.