Aliff Syukri Mohon Maaf, Undur Diri Dari Media Sosial
Hangat diperkatakan video memaparkan aksi menari ghairah bersama Baby Shima sehingga dikecam teruk, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya sebentar tadi, Aliff turut memohon maaf kepada ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.
BACA: “Dah Sedia Ke Tanggung Dosa Penonton?” – PU Syed Tegur Aliff Syukri
“Kepada semua, saya nak mohon kemaafan dan kekhilafan selama saya berada di media sosial ini. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki terutama mak dan isteri saya. Saya minta maaf banyak-banyak,” katanya.
Dilihat menangis teresak-esak, Aliff berkata dia membuat keputusan undurkan diri dari media sosial demi ibunya, isteri serta anak-anak. Ujarnya lagi, dia menyifatkan kali ini adalah ujian paling berat buat dirinya.
“Demi mak saya, bini saya, anak-anak saya, saya tak nak main media sosial dah. Saya minta maaf banyak-banyak. Terima kasih atas sokongan semua kepada saya. Sesungguhnya ini dugaan paling berat buat saya. Doakan yang terbaik buat perniagaan saya,” katanya.
Sementara itu, pada kapsyen video tersebut Aliff turut mengucapkan selamat tinggal pada akaun Instagram miliknya itu yang mempunyai pengikut mencecah 4.3 juta. Aliff turut mengatakan dia hanyalah insan kerdil yang mempunyai banyak dosa serta mendedahkan dia sebenarnya sakit mental.
“Selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang saya nak berpisah dengan awak dan nak ada kawan banyak seperti ini. Saya akan rindu momen dan memiliki 4.3 juta kawan dan semua media sosial saya termasuk Facebook dan TikTok yang berjuta-juta.
“Saya hanyalah insan kerdil yang banyak dosa. Saya sebenarnya ada sakit mental dan dah tak tahan. Dari kosong sampai ke tahap ini, saya redha dan ikhlaskan demi kebaikan semua. Doakan yang terbaik buat saya,”tulisnya
Pokies mak hang
Ujian paling berat hotak ko, ko yg cari penyakit abis ko nk salahkan takdir?!
DRAMA QUEEN
video yang memakan diri sendiri..duduk diam2 je dato..fokus pada bznz dan keluarga…bykkn amal ibadat…dato bukn muda lagi..sedar2lah sikit..
rasenya dah lebih 10 kali ko ckp… asl buat kontroversi… ko ckp mcm.. kemon laa
KESIAN ank2 dia…
Bar*a lah kau dulu cakap ada dyslexia la ni kata ada sakit mental .. orang macam kau ni ih tak Tau lah nak tulis geram je aku
drama tamil ke ni? mcm blockbuster jer
LENYAP truzzzz pn tk pooo
Pergi mampos lebih baik,
hari ni menangis esok lusa buat lagi.dato ni cam otak x betul kadang…
Bodoh x hbs2. Kesian family . Alasan sakit mental ..tiberrr..nak cover kebodohan. Cukup la. Menyampah tengok.
Bab menghukum manusia , saya tolak tepi, nasihat . Dato.alif semoga tuan dan keluarga tuan dalam keadaan baik ,semoga allah permudahkan rezeki . Yang Penting Allah Itu Maha Pengampun dan Maha Penyanyang .
ala dia ni tak serik2 la.. mesti buat lagi. pastu mintak maaf, pastu buat lg sampai abg jamil mampus..