fbpx

Tak Sempat Cuci Berak, Aliff Syukri Lari Lintang Pukang Rumah Terbakar

Lewat malam tadi perkongsian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian dimana berdepan detik cemas apabila salah satu bilik di kediamannya terbakar.

Menerusi entri itu, Aliff berkata ketika kejadian dia berada di dalam bilik air dan anak-anak serta pekerjanya yang menjerit memaklumkan mengenai perkara itu.

BACA: Aliff Syukri Kongsi Tips Malam Pertama Tak Sakit, Netizen Rasa Kurang Senang

“Pengalaman yang amat menakutkan saya apabila mendengar jeritan dari anak-anak, pengawal, PA, maid dan tukang kebun.

“Melihat asap naik sampai ke atas waktu tu saya sedang berak sampai saya tak sempat cuci berak dan tak perasan langsung terbakar awak.

“Waktu tu ada kebakaran, orang ketuk-ketuk pintu dan menjerit saya lintang pukang lari sampai tak cukup tanah nak lari dah lah rumah saya besar sangat,” katanya.

Aliff turut memuat naik video kekecohan kejadian itu berlaku serta turut memaparkan katil di salah sebuah bilik di tingkat bawah kediamannya terbakar.

Dalam pada itu, Aliff berkata ketika itu dia hanya mahu selamatkan ahli keluarganya keluar dari rumah dan tidak memikirkan mengenai harta benda.

“Saya lari lari tapi tak jumpa jalan keluar, waktu tu Tuhan je tahu. Waktu tu saya hanya fikir nak selamatkan nyawa keluarga saya saja, tak fikir dah jam mahal, rumah mahal,” tulisnya.