fbpx

Sebelum ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengatakan dia sudah malu untuk mencipta kontroversi memandangkan anak-anak dah besar.

Bagaimanapun, baru-baru ini, perkongsian video usahawan itu menimbulkan rasa kurang netizen apabila memuat naik video tentang tips supaya malam pertama tidak sakit.

BACA: Aliff Syukri Luah Rasa Bosan Hidup Tanpa Sajat

Menerusi video tersebut, Aliff dilihat tidak memakai baju dan menyangkut tuala di bahunya. Difahamkan video tersebut adalah bagi mempromosikan produk keluarannya.

Seperti sudah dijangka, video tersebut dikecam nnetizen yang beranggapan perkara tersebut tidak perlulah dikongsikan secara terang-terangan di media sosial.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan mahu unfollow Instagram usahawan itu selepas melihat konten tidak berfaedah seperti itu.

Bagaimanapun, ada yang mengucapkan terima kasih kerana video tersebut memberi ilmu kepada mereka yang bakal berkahwin.