fbpx

Tak Sempat Balas Mesej, Mira Filzah & Suami Masih Kepenatan

Selamat melahirkan cahaya mata sulung pagi semalam, ramai peminat sudah tidak sabar menantikan perkembangan terbaru daripada pelakon Mira Filzah dan anak pertamanya.

Memuat naik status di Insta Story, Mira memohon maaf kerana tidak sempat membalas mesej WhatsApp dan DM di Instagram kerana dia dan suaminya, Wan Emir masih dalam keadaan penat.

BACA: Mira Filzah Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Kongsi Tarikh Lahir Sama 9 Syawal

“Dua-dua penat. Akan sentiasa berkongsi perkembangan dari semasa ke semasa (Insya-Allah) bila semuanya dah perlahan-lahan kembali seperti biasa.

“Mira tak dapat lagi nak balas mesej di WhatsApp dan DM satu persatu. Maaf tau. Terima kasih untuk semua doa,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Mira turut memuat naik fotonya yang sedang tidur di sofa akibat kepenatan.

Semalam, Wan Emir berkongsikan isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, bayi lelaki. Lebih manis tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.