fbpx

Tak Sangka Pandai Melawak, Aksi Cik B Buat Penonton Berdekah

Program Muzikal Lawak Superstar telah pun kembali untuk musim yang kedua yang dibarisi juri hebat seperti Awie, Fazura dan Zul Ariffin. Kali ini paling menjadi perhatian ramai anak usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B.

Tampil menerusi kumpulan ABC terdiri daripada Achok dan Chiwan (Chilok) serta Cik B ternyata pesembahan mereka mendapat lima bintang daripada pihak juri.

BACA: “Cik B Tahu Suara Tak Sedap Tapi Apa Masalahnya?”

Malah, sebaik sahaja Cik B muncul di pentas, ramai yang sudah berdekah melihat gayanya yang tersendiri dan menghiburkan. Para juri juga turut dilihat ketawa dengan lawak Cik B.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Menerusi satu muat naik di Instagram Astro Gempak, turut dikongsikan sedutan pendek persembahan Cik B yang membuatkan satu dewan terhibur.

Melihatkan persembahannya itu, rata-rata netizen mengatakan mereka tidak sangka Cik B pandai berlawak dan mungkin boleh melangkah lebih jauh dalam bidang ini.

Di laman Twitter, rata-rata netizen memuji dan sememangnya sangat terhibur dengan persembahan Cik B. Tidak kurang juga ramai yang berharap Cik B dan ahli kumpulan dapat melakukan yang terbaik dan akan sampai ke pentas akhir.