fbpx

“Cik B Tahu Suara Tak Sedap Tapi Apa Masalahnya?”

Pertama kali membuat persembahan di pentas menyanyikan lagu single berjudul Tolonglah yang disiarkan secara langsung di program Vokal Mania, bagaimanapun nyanyian Cik B mendapat kecaman netizen.

Ada yang mengkritik nyanyian anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida itu sehingga ada yang mengatakan lebih baik jika bakat terpendam Cik B itu dibiarkan disimpan sahaja.

BACA: Cik B Kecewa Dituduh Berjaya Kerana Kekayaan Ibu

Tidak mudah melatah dengan kecaman netizen, Cik B memohon maaf di laman Twitternya serta menjelaskan dia terlalu gemuruh sehingga mulut kering ketika mempersembahnkan lagu tersebut secara langsung.

Namun, netizen berteruskan mengkritiknya sehingga ada yang mempersoalkan kebolehannya serta mendakwa dia kini berjaya kerana menggunakan kakayaan ibunya.

Mungkin tidak tahan dengan kritikan netizen, Cik B memuat naik status mengatakan dia sedar bahawa suaranya tidak merdu namun mempersoalkan kembali apa masalahnya jika nyanyiannya tidak sedap.

Melihatkan status itu, netizen menasihatkan Cik B agar berehat sektika daripada media sosial serta meminta supaya tidak mempedulikan segala kata-kata negatif netizen.