fbpx

Tak Sanggup Tengok Ibu Sedih, Zizi Kirana Janji Tak Pakai Seksi Lagi

Sinonim dengan penampilannya yang seksi sehingga digelar bintang porno, bagaimanapun sejak kebelakangan ini Zizi Kirana dilihat mula menjaga pemakaiannya. Malah, ramai netizen tertanya-tanya apabila Zizi tidak lagi berkongsikan gambar seksi di Instagram.

Menurut Zizi, dia kini tidak lagi memakai pakaian yang mendedahkan bentuk badan selepas ditegur oleh ibunya. Tidak sanggup melihat ibunya bersedih, Zizi juga berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik.

BACA: Zizi Kirana Tak Mahu Bertunang, Nak Terus Nikah

“Saya dapat nasihat dan teguran daripada mummy, sebab sehingga umur saya 35 tahun dia tak pernah bagi nasihat yang panjang-panjang melalui mesej.

“Bila mummy mesej macam tu, saya pun terfikirlah selama ni saya kecewakan dia ke? Saya nangis semasa baca mesej macam tu,” katanya.

Dalam pada itu, Zizi berkata ibunya turut berpesan untuk melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Zizi juga berkata dia sudah berjanji pada ibunya untuk tidak lagi berpakaian seksi.

“Mummy cakap tak semestinya kau kena pakai tudung, sebab mummy tak nak kau nanti tiba-tiba kau nak pakai tudung alih-alih esok nanti kau nak buka habis semua.

“Jadi saya janji kat mummy takkan pakai seksi-seksi lagi… saya berubah perlahan-lahan, ” katanya kepada mStar Online.

Menurut Zizi lagi, dia juga telah memadam gambar-gambar seksi dan berpakaian terdedah yang pernah dimuat naik di Instagram sebelum ini.