Tak Sampai Sebulan Cerai, Azri Iskandar Bakal Nikah Wanita Ada PhD
Bulan lalu, berita perceraian pasangan selebriti Ellie Suriaty dan Azri Iskandar mengejutkan ramai apatah lagi sudah 19 tahun mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, belum sebulan bercerai, Azri mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki PhD dalam jurusan muzik.
BACA: Ellie Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai Selepas 19 Tahun Berkahwin
Memetik MalaysiaKini, Azri berkata dia dan keluarganya bercadang untuk menghantar rombongan merisik wanita bernama Azra Diera itu sebelum 23 Jun ini.
“Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah dulu. Majlis perkahwinan akan diadakan kemudian dalam waktu terdekat,” katanya.
Menurut Azri, wanita yang mesra disapa Ara itu berusia 43 tahun dan masih belum berkahwin.
Dalam pada itu, Azri berkata majlis persandingan terpaksa ditangguh buat sementara waktu kerana jadual kerjanya yang padat ketika ini.
“Masa yang ada agak terhad untuk saya uruskan segala persiapan. Namun, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Saya akan umumkan tarikhnya nanti,” katanya.
- SUMBER
- MalaysiaKini
ye la azri tu daddy hot kot.. petik jari senyum sikit jaa.. ramai beratoq
Takpe la. Semoga elly pun akan temui kebahagiaan nya. Sedih pula aku baca berita ni.
Plot twist: elly & azri cerai sebab ………..
ex wife senyum sinis hensem tak blh buat kita kenyang ye.. ingat tu
Bio le bini br pulak yg nanggungnye..
Laju bewak buat keja..laki melayu klau cerai laju sungguh cari ganti..nmpk sgt hopeless n pathetic xleh berdikari..duit pun x berkepuk brg pun halus sgt..jd apa yg hebatnya?
Mula2 aku sokong si Azri nie..ingat Elly kaki buli laki. Sebab dia mcm wanita garang. Tapi dia wanita tegas. Aku dah faham sekarng. Bodoh jantan merenyam sungguh anu kau ye. Laju terusss nikah! Kesian bini2 yg cerai bila ex kahwin dulu. Byk cth. Fizo omar pun kan.siapa lagi..
Jantan Nafsu Tak Boleh Stop Kejap,
Latip, Sahak, Bidin, Yunos, Yaakob, Nasir, Husin, Tahir, Md Som, Kahar, Mustapha, Jaafar dll lagi.
Apa hubungan pompuan tu ngan PhD dan Azri rotitelor? Kalu ada PhD kena kawen cepat? Kalu ada Master degree lambat sket? Kalu diploma boleh suai kenal dulu? Kalu SPM tunggu bila ada masa lapang? Takyah lah sebut kelayakan akademik, nak kawen, kawen jelah. Ada pompuan cina, artis rasanya yg sebut pasal PhD dan kerja.