fbpx

Ellie Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai Selepas 19 Tahun Berkahwin

Rumah tangga pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty sampai ke titik noktah apabila sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak pagi tadi.

Memetik portal Getaran, Ellie berkata keputusan untuk berpisah dibuat kerana tiada lagi persefahaman antara mereka selepas 19 tahun berkahwin.

BACA: Akur Perintah Suami, Ellie Suriaty Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin

“Ini adalah keputusan yang sukar untuk saya buat. Tapi saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya ia perlu dilakukan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya. Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya.

Terdahulu, Ellie telah menfailkan permohonan cerai ke atas suaminya sebelum Ramadan yang lalu.

Ellie mendirikan rumah tangga dengan Azri pada tahun 2002. Pasnagan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Azrell, Nur Azreen dan Nur Aliah.