Tak Sampai Dua Jam, Album Sissy Imann Habis Terjual
Bapa kepada penyanyi Sissy Imann iaitu Mohammad Kamil Mustaffa, memaklumkan album sulung anaknya yang dirakam di Studio Abbey Road, London tahun lalu, sudah habis terjual dalam tempoh kurang dua jam.
Memetik Harian Metro, Kamil berkata dia tidak menyangka album pertama anaknya itu mendapat sambutan dan kebanyakan pembeli sanggup membayar dengan harga setimpal.
BACA: “Kenapa Manusia Ini Zalim? Musnah Impian Seorang Ayah Nak Tengok Anak Dia Berjaya” – Bapa Sissy Iman
“Album buah tangan pertama Sissy ini dicetak sebanyak 1,000 unit saja dan saya tak sangka ia mendapat sambutan baik daripada pembeli dengan kurang dua jam ‘link’ (pautan) dibuka, ia (album) sudah pun habis terjual.
“Rata-rata yang membeli itu daripada pelbagai latar kerjaya dan peringkat usia, termasuk kebanyakan mereka adalah ‘collector’ (pengumpul) cakera padat,” katanya.
Sementara itu, Kamil berkata meskipun tidak meraih keuntungan namun dia meluahkan rasa syukur serta berharap ianya menjadi pemangkin semangat untuk Sissy terus berkarya.
“Penghasilan album ini di Studio Abbey Road, London sudah sangat bermakna buat Sissy. Ia dianggap pencapaian terbesar buat dirinya yang diimpikan selama ini. Jadi, tak apalah asalkan dia gembira dan terus bersemangat untuk bekerja dalam bidang muzik.
“Sebagai bapa, saya akan sentiasa terus menyokong apa saja yang ingin lakukan anak-anak, walaupun Sissy mengambil masa 10 tahun dalam industri untuk berjaya menghasilkan album ini dengan wang hasil titik peluh dikumpul sendiri daripada pelbagai cabang seni diceburi,” katanya.
Terdahulu, Sissy menjadi perhatian apabila menangis di pentas Famili Duo minggu lalu selepas persembahannya bersama Naim Daniel menerima kritikan pedas daripada Mas Idayu.
- SUMBER
- Harian Metro
Bahaha gampangg punya marketing! Drama bnyak la retis mlysia nie????
Saudara mara & kengkawan yg beli ke? 1,000 org beli senang ajer cari pembelinya. Jemputan perkahwinan utk 10 meja x 10 org semeja pun dah dpt 1,000 org. Hakikatnya, suara tak sedap, tak natural, suara buat2 nak ikut Puan Sri Saloma… tapi tak menjadi. Jual 1,000 unit tu dikira kategori viral ya, pak cik?
artis lembik. teruk2 nabila razali tu pun tak pernah nangis atas pentas. pegi balik kpg la
Alhamdulillah… rezeki..
Maaf, pembetulan: 10 x 100 meja.
Nak tanya, 2 jam promosi ke 20 hari promosi?
Setakat 1000 unit terjual apelah nak viral sangat…sold out pun sbb viral menangis atas pentas kena hentam dgn mummy lampir.hahaha
Sissy iman ni selalu perasan bagus tak layak kena tegur. Dapat pulak mummy lampir naik meroyan kenala dua ekor ni bila disatukan dalam program low standard b40.