“Kenapa Manusia Ini Zalim? Musnah Impian Seorang Ayah Nak Tengok Anak Dia Berjaya” – Bapa Sissy Iman
Bapa kepada penyanyi Sissy Iman iaitu Mohammad Kamil Moustaffa mengakui hatinya hiba apabila anaknya itu membatalkan majlis pelancaran album sulung sepatutnya pada 2 Februari depan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, bapa Sissy berkata sebelum insiden kekecewaan di Famili Duo, anaknya teruja untuk melancarkan album sulungnya namun dirakamkan di The Abbey Studio, London itu.
BACA: “Saya Tegur Kerana Saya Sayang Bakat Mereka” – Mas Idayu
View this post on Instagram
“Sissy sangat teruja. Tak sabar untuk album tersebut dilancarkan pada 2/2/23. Dah rancang macam-macam dan dah book date bersama wartawan2 tapi……
“Runtun hati ini bila pagi ni bila aku terbaca dia buat keputusan seperti yang dia post di ig. Kenapa ada manusia dunia ni, zalim ek? Impaknya amat besar sehingga bakal memusnahkan impian seorang ayah yang nak tengok anak dia berjaya. Bertahun aku tunggu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Kamil turut meluahkan rasa syukur kerana masih mereka diluar sana memberikan sokongan tidak berbelah bagi buat anaknya itu.
“Namun demikian Alhamdulillah dalam kezaliman, ada juga insan-insan yang berhati mulia yang masih memberi dia sokongan untuk dia terus bersemangat.
“Kasih sayang tanpa syarat. Berlinang juga air mata aku tanpa sedar membaca komen-komen dan doa yang baik-baik buat dia tanda sokongan. Masya Allah…” tulisnya.
Isnin lalu, Sissy membatalkan pelancaran album sulung yang dijadualkan pada 2 Februari ini. Sissy berkata dia sudah hilang rasa teruja untuk berkongsi mengenai albumnya itu.
- SUMBER
- Kosmo
Bawa bertenang pakcik anak pakcik tu bukan baru nk nyanyi tp mmg dah jd penyanyi pun. Jd pakciki dia x payah masuk pertandingan reality tv pun dia masih boleh menyanyi. Isu kena marah tu anggap pengalaman jer. Move on jer x payah panjang2 isu mcm laa besar benar kes anak pakcik ni. Kalau pakcik x puashati saman laa pihak media prima dan tv3 serta Mas Idayu!
sedap je aku dengar versi keroncong tu… telinga aku as org awam ni suke je nyanyian sissy dgn naim tu… suara sissy tu unik.. patutnye bkn masuk family duo.. jatuh grade.. nak nak si mak lampir tu jadi juri..naik nyampah aku tengok bahase diri mummy mummy … igt die mak ke? mummy tu ibu..ibu ni mestilah berjiwa keibuan.. ni jiwa monster patutnye bukan bahase diri mummy.. patut bahase diri jadi ogre jer..hahhaa .
sissy kne amik smgt janna nick. style janna, lagi org kecam, lagi dia buat. kalau org kecam vocal dia, dia kuarkan single lps tu dgn gah dia ckp, lihat laa dunia, lihat laa org2 yg kutuk vocal aku hari tu. walaupun hauk tp single aku laris. so your opinion is IRRELEVANT!! then she paraded the earth like she dont care. sila lah sissy contohi janna
Nko KELAKOR la pkcik, nie la netijen zman NOW? anak buat silap tk terima? Org tu mara herdik kebaikan anak nko jugek?! Mas idayu nie dia mmang tk boleh cntrol klau baran dia dh dtg!dia mmang jenis bkn lembut punya manusia,org nk jdi retis nko nk jugak jdi retis tpi JIWA KOYAK!
apa lah bapak dia ni, belum launch lagi dah cakap tak berjaya. too much negativity in life
tak setuju dengan juri yang jerit marah depan orang ramai, tapi dalam pada masa yang sama penyanyi nya pun kena sedar suara dia memang tak sedap. tak bermakna dia cikgu vocal, dia boleh menyanyi.
SISSY XSDP SUARA. JUJUR
Sissy pakej sbg penyanyi xda WOW FACTOR.Sorry.
Setuju 100% suara dia TAK SEDAP. Suara yg dibuat2, tak natural. Serius memang tiada bakat & groove utk jadi penyanyi.
Pak cik, kalau sensitif sgt & juri tak boleh tegur anak pak cik, suruh dia duduk rumah. Dia kan boleh main piano. Jadi cikgu piano pun blh cari makan. Lepas kelas piano, blh peluk2 kusyen, bantal, kucing ke… ha gitu… blh gedik2 & manja seumur hidup. Maaf ya pak cik. Sy cakap jujur dari hati.
bapak terlampau mua kn anak…pai x bole kena tegur….ni contoh…byk je spesis cam ni dlm bidang perkerjaan..ada tu melawan protes murung x mahu wat keje…budak2 zaman kini…
Suara sissy x sedap
errr, kerja mana2 pun ada ups and downs. walau kita betul pun, tetap la kena hadap kalau kena maki marah keji pun. takkan sebab tu terus nak berenti kerja. lemah la.
ye, mmg memalukan la. tapi Baby Shima yang 1st kena kaw2 pun still mampu bangun. So amat memalukan la if you yang better than her, tp lemah mengadap laharan Mummy tu.
Terkejut Mami Marah:
suara baby shima lagi sedap masalahnya. jangan tengok dia gelek, attitude dia semua tu. dengar suara dia saja. suara dia lagi stable dari yang merajuk ni. tak shaky, key tak lari, high pitch pun sampai.
Bagi saya kita kena sabar menghadapi kerenah manusia.Tak semua org setuju dengan kita.Tp ramai juga yang setuju dengan kita.Orang yg hebat ialah org yg bangun selepas jatuh.Bangunlah.Move on.Allah bersama org yang sabar.Org yg hebat apabila boleh sabar menghadapi kehidupan
Apa yg saya rasa dan apa yg sy nampak la. gandingan mereka berdua ni,
Byk kali langar peraturan tema.
Nak ubahsuai lagu ke, muzik ke blh dan xsalah .tapi kena tengok tema dan cara UTK nyanyian lagu tersebut. Tu mkg, buat mami Idayu marah kot .