Rasanya belum reda lagi isu berkenaan selebriti popular dan Instafamous yang dikatakan menggunakan barangan tiruan yang didedahkan oleh satu akaun Instagram. Berikutan isu tersebut, ramai selebriti memberikan padangan masing-masing mengenai perkara itu.

Jutawan kosmestik, Datuk Seri Aliff Syukri juga turut memberikan padangannya berhubung perkara berkenaan dan baginya terpulang kepada diri masing-masing jika hanya itu yang mampu dibeli. Aliff juga mengakui dia juga pernah memakai barang tiruan sebelum ini.


BACA: Aliff Syukri Mahu Jual Rumah RM43 Juta, Nak Beli Hotel

“Tak salah nak pakai AA. Tak merompak, tak mencuri. Saya pun pernah pakai masa mula-mula berniaga, jujur saya bagi tahu. Melainkanlah kalau kita ni wanita simpanan, lelaki simpanan ke boleh pakai ke boleh pakai yang ori.

” Bju saya daripada jenama Ralf Lauren dalam RM600, tali pinggang Gucci RM3,000 dan jam yang saya pakai sekitar RM180,000. Saya beli masa bisnes saya okay,” katanya kepada Media Hiburan.

Kata Aliff lagi, keadaan ekonomi negara sekarang agak teruk. Aliff juga mengharapkan ramai pembeli  menyokong dan membeli barangan tempatan daripada membeli barangan tiruan.