fbpx

Aliff Syukri Mahu Jual Rumah RM43 Juta, Nak Beli Hotel

Umum mengetahui rumah banglo mewah milik usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri baru saja siap dibina awal tahun ini selepas mengambil masa hampir 4 tahun untuk menyiapkannya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Aliff memberitahu dia bersedia untuk menjual banglo mewah yang mempunyai 30 buah bilik tidur itu dengan harga RM43 juta lengkap dengan perabot pada mereka yang berminat.

BACA: “Kereta Beli RM1.8 Juta, Tak Sampai 10 Minit Tinggal Abu”

“Kalau ada rezeki saya memang nak jual rumah tu. Jika ada kerabat diraja atau menteri yang ada hati nak belilah. Rumah tersebut mempunyai lebih 42,000 kaki persedi dengan build up sekitar 40,000, nak jual dalam RM43 juta fully furnish.

“Bukan menyesal, saya buat buat rumah tu habis dalam RM32 juta. Jadi rasanya kalau ada rezeki rumah tu terjual saya nak beli hotel,” katanya kepada Media Hiburan.

Aliff memberitahu, tujuan utama beliau mahu membeli sebuah hotel adalah untuk menampung gaji dan keperluan pekerja, dalam masa yang sama boleh menjana pendapatan lain.

“Bila sudah dikira-kira tiada untung sebab saya perlu langsaikan soal kelengkapan agak banyak. Kalau ada hotel, pekerja saya akan duduk dan pada masa sama, mereka boleh akan dapat income lain.

“Tapi saya buat rumah tu pun bukan sebab nak jual. Cuma jika ada yang berminat dan tawarkan harga berpatutan, saya akan jual,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Aliff bakal merakam single baru di Indonesia dalam masa terdekat dan kinisibuk menjayakan sebuah program masakan.