fbpx

“Tak Salah Kahwin Lelaki Muda, Asalkan … “

Selepas berita perkahwinan seorang penerbit drama dengan lelaki muda menjadi bualan ramai sehingga mendapat perhatian selebriti seperti Rozita Che Wan, nampaknya seorang lagi selebriti tampil memberikan pandangan beliau tentang isu ini.

Rita Rudaini dalam kenyataan kepada Harian Metro hari ini berkata tidak salah untuk seseorang wanita itu untuk bersuamikan lelaki yang lebih muda kerana umur bukan ukuran tentang kematangan dan tanggungjawab lelaki itu.

BACA: Che Ta Bengang Peminat Marah A.Aida Kahwin Lelaki Muda

“Tidak salah pun berkahwin dengan lelaki muda, asalkan si lelaki matang dan tahu erti perkahwinan itu apa. Bukan kahwin nak seronok, sebab tengok orang lain kahwin, demi kepentingan peribadi atau sebab keluarga suruh”

“Apa yang penting, pemikiran lelaki perlu bijak dalam mengatur kehidupan keluarga iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang lelaki dan suami, menguruskan keluarga, isteri dan anak dan menjadi pelindung pada keluarga”

“Tidak semestinya lelaki muda tak boleh berkahwin. Ada juga lelaki berusia yang belum tentu matang pemikiran dalam hidup. Pokok pangkalnya bukan bergantung pada umur tetapi akal, pemikiran, sudah bersedia dan matang untuk memikul tugas berat,” ujarnya. (rtky/m)