fbpx

Che Ta Bengang Peminat Marah A.Aida Kahwin Lelaki Muda

Bengang dengan sesetengah netizen yang mempertikaikan keputusan pelakon veteran, A.Aida bernikah dengan lelaki muda, Rozita Che Wan menyelar mereka di laman sosial. Bagi Che Ta tiada kesalahan dilakukan mereka kerana jejaka itu juga bukan berstatus suami orang.

BACA: Kembali Aktif Di Twitter, Che Ta Beri ‘Amaran’ Pada Netizen

Menerusi Instagram, Che Ta panjang lebar ‘menyekolahkan’ netizen yang menghentam pasangan itu yang akan berkahwin Sabtu ini. Jelas Che Ta, Aida tidak merampas suami sesiapa dan berhak untuk berkahwin dengan lelaki muda.

Dalam posting itu, Che Ta juga sempat berseloroh mengenai dirinya juga yang bernikah dengan jejaka ‘bergetah’ ini. Katanya, siap nak tubuhkan whatsapp group dengan nama Laki Kami Muda Bergetah lagi!

Dalam masa yang sama, Che Ta menasihati netizen supaya tidak perlu menghukum mereka (seolah Aida merampas suami-suami mereka). Ada betulnya cakap Che Ta, doakan saja mereka bahagia hingga ke akhir hayat! (rtky/w)