fbpx

Tak Sakitkan Hati Suami, Wawa Zainal Akui Makin Murah Rezeki

Hampir tujuh tahun berumah tangga, Wawa Zainal mengakui sebelum ini dia sering menyakitkan hati suaminya, Aeril Zafrel. Bagaimanapun, segalanya berubah apabila dia mengubah sikap dan menjaga hubungan dengan suami.

Wawa berkata rezekinya sekeluarga semakin terbuka luas selepas dia berubah sikap dan percaya bahawa jika kita mengutamakan pasangan serta keluarga pasti akan mengecap kebahagiaan.

BACA: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Hulur Dana RM1.2 Juta Bina Masjid

“Saya selalu kongsi dalam seminar bahawa rezeki saya berubah 360 darjah selepas saya mengubah sikap saya, sebelum ini saya suka bergaduh, sakitkan hati Aeril dan suka cari fasal. Kadang-kadang benda kecil pun nak diperbesarkan! Selepas saya ubah sikap, rezeki kami pun semakin baik.

“Apabila saya nilai semula, sekarang saya percaya kalau kita jaga hubungan dengan suami dan utamakan keluarga, InsyaAllah rezeki murah,” katanya.

Dalam pada itu, Aeril mengakui hubungan mereka juga pernah diuji namun dia sentiasa bersabar dan berpegang kepada prinsip sesebuah ikatan perkahwinan. Ujarnya lagi, paling penting suami isteri perlu saling memaafkan.

“Ramai taanya rahsia kekalkan keharmonian rumah tangga, tipulah kalau kita kahwin tak ada masalah. Rasanya semua orang tahu diawal perkahwinan kami diuji dengan macam-macam ujian tapi kami menyokong satu sama lain dan saling memaafkan.

“Masa mula-mula kahwin tu memang ada gaduh tapi apabila dah jadi suami isteir baru kita tahu 100 peratus tentang perangai pasangan dan dalam tempoh itulah ujian sebenarnya,” katanya.

Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya.