Aeril Zafrel, Wawa Zainal Hulur Dana RM1.2 Juta Bina Masjid
Terkesan selepas mendengar ceramah pendakwah dari Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad, membuatkan pasangan selebriti terkenal Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tergerak hati untuk mendirIkan sebuah masjid.
Menyifatkan ia sebagai saham akhirat dan tiket ke syurga, pasangan itu juga sanggup menangguhkan hasrat untuk membina sebuah banglo di Bangi demi membina majid di kampung halaman Aeril yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Johor.
BACA: Aeril Zafrel Syukur Bebas COVID-19, Tapi Disahkan ‘Handsome’
“Idea ini datang daripada Wawa yang mendengar ceramah ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.
“Jadi saya sudah berbincang dengan ketua kampung dan bersetuju untuk menghulurkan dana sekitar RM1.2 juta hasil semua keuntungan produk terbaharu kami, Muslim Bukhari.
“Proses pembinaan dijangka bermula tahun depan. Doakan semoga urusan kami ini dipermudahkan,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Aeril berkata perkongsiannya itu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk ataupun bersikap riak tetapi dana itu juga adalah saham akhirat bersama pelanggan yang membeli produknya.
“Memang bukan berniat nak riak atau menunjuk tapi ini adalah saham akhirat bersama pelanggan kami. Mereka yang membeli turut menjadi penyumbang kepada dana masjid ini, bukan hanya nama saya atau Wawa.
“Kami juga tidak bercadang menukar nama masjid. Apa yang harapkan sumbangan ini memberi manfaat kepada penduduk kampung,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
cerita tahun depan dah sembang…pacak tiang baru sya puji ye bang.
Masjid dinegara ini byk yg dah ok dan mmg tangjungjawab kerajaan yg memerintah,masjid skrg byk yg gah tp bilangan jemaah blh dibilang dgn jari,pd saya lbh afdal lg taja anak2 yg [email protected] utk sambung pelajaran dgn beri [email protected] pahala pn sama akan mgalir selagi mn ilmu itu memberi manfaat .
Yg kutuk2 tu duit 1 sen pon blom tentu penah mak tabung masjid
Betul…betul…masjid dah tersergam indah baru boleh gebang…tapi kalau nk dapat lebih banyak pahala elok senyap senyap sudah.
Ramai je para dermawan jutawan hartawan yg tidak mahu dikenali di muka bumi ini, kerana takut jadi riak dan kurang mendapat pahala…kalau dah nama artis, ikut mana pun nk naikkan nama…bimbang lama lama jadi kesenduan.
Suka hati aku la nak gebang apa pun…
Bagi derma pun kena kutuk. Yang kutuk ni bagi derma RM20 pun minta tunjuk akaun perbelanjaan nak tau duit dia pergi mana. Silap-silap derma pun tak, iri hati dengan orang lain je kerjanya.
Mana korang tahu tak dapat pahala untuk dia? Jangan sibuk buat kerja tuhan siap boleh tentukan dapat pahala, kurang pahala atau tak. Lagi sekali nak tanya, ko tuhan ke? Kaki ko dah masuk syurga sebelah?
Lagi satu apa salahnya kebaikan diwar-warkan supaya jadi inspirasi pada orang lain. Kalau Ebit Lew boleh takkan orang lain tak boleh buat?
Kat Malaysia je aku tengok buat kindness kena kecam, kat luar negara buat kebaikan dipuji dan jadi inspirasi, siap dicanang dan digalakkan, siap masuk TV, berita, news bagai, takde orang nak kecam. Kalau ada yang kecam, orang tu dari Malaysia. Macam korang kat atas.
Pecah tanah dulu
Dia ni juai produk apa erkkk…produk timbang kilo juga ke…ada lagi ke ummah nk beli…
By the way…dah banyak derma sana sini sumbang sana sini, g mekah sebulan sekali…jutawan hartawan dermawan last produk tipu pengguna, ada racun hydroquinone…kejadian ini bukan berlaku di Malaysia, tapi di negara zimbabwe…sekian.
syukur dapat bina masjid. teringin juga nak bina masjid. bayangkan pahalanya setiap kali orang solat dekat masjid yang kita sendiri bina, fuuhhh. Alhamdulillah berita yang baik, elok lagi daripada beli kereta banyak2 tapi tak pakai cam si sajat tu.
Berita pondan kena kutuk, berita bina masjid pun kena kecam, berita mcm mana pun tkkn ada kata2 yg baik yg keluar dari mulut org yg hatinye busuk. Kalau semuanye serba tak kena, lebihkan baca quran, bersihkan hati, insha Allah kata2 pun tak menyakitkan hati
Betul tu, taku t sampai masa je, tiba-tiba keluar berita ” Di atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, bantuan terpaksa di batalkan atau di kurangkan, masalah ekonomi negarra lah bagai…
Atta Halilintar dah siap 2 buah masjid dah. diam je tak de kepoh kepoh.
Benci Produk Timbang Kilo wawa aeril x jual skincare.. diorg jual cosmetics.. xde product timbang kilo bagai.
ada betulnya juga..sumbangan untuk ank2 yang sambung belajar.m Saya terkesan dari pkp ini, sekarang memerlukan sedikit sumbangan untuk anak melanjutkan pelajaran…
Kalau nak bina masjid dan dananya dah tersedia, barulah betul. Tapi kalu disertakan ngan statement “dari keuntungan jualan produk yang bakal dilancarkan”, ini menunggang agama namanya.
Asal aku rasa dua org ni byk nau menunjuk.semua nk bgtau.hmm..