“Tak Sabar Solat Dengan Bakal Suami, Sebelum Ini Tak Pernah Rasa”
Dilihat lebih terbuka berkongsikan mengenai hubungannya dengan kekasih, Elly Mazlein sebelum ini memberitahu dia sudah bersedia untuk berkahwin lagi. Masih merahsiakan namanya, Elly menyifatkan teman lelakinya itu seorang lelaki yang baik dan sangat menjaga solat.
BACA: Elly Mazlein Sudah Sedia Untuk Berkahwin Lagi
“Dia seorang yang sangat baik. Selain selalu meluangkan masa menjaga anak saya, iaitu Puteri Sara Sefia, dia juga tidak pernah tinggal solat.
“Setiap kali tibanya waktu solat Subuh, dia pasti akan menghubungi saya mengingatkan supaya mengerjakan solat. Hal ini menyebabkan saya tidak sabar untuk solat berjemaah bersamanya. Maklumlah, sebelum ini saya tidak pernah merasai pengalaman solat berjemaah bersama suami,” katanya kepada Kosmo!
Bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka, Elly mula mengenali kekasihnya itu yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan sejak Ogos tahun lalu. Kata Elly lagi, dia bakal bertemu dengan keluarga kekasih pada Mac ini.
“Teman lelaki saya datang daripada keluarga yang besar. Dia merupakan anak kelapan daripada 13 adik beradik. Sejujurnya, saya berasa sangat teruja untuk mengenali keluarganya dengan lebih dekat,” katanya.
Terdahulu, Elly pernah bernikah dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 dan bercerai pada tahun berikutnya. Hasil perkahwinan itu, Elly dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Sepfhia.
- SUMBER
- Kosmo!
OMG Kak Lina Pompom kau tak kenal dunia lagi ka?? Tak tau ke trick call/whatsapp/telegram/bigo kejut subuh awal pagi tu trick lelaki alim kucing ja nak tackle janda/andartu yg dah tak laku??? Laki kalau betul alim jaga ikhtilat whatsapp kau pun tak apatah berkomunikasi diwaktu awal pagi, tunggu nikah baru dia pandang mata kau.
Moga kau selamat dari bencana lelaki durjana….
Ohyeke.rase2 laki tu pas kejut subuh dia tido balik ke? Maigoodness.penunggang agama tol
OMG really???…. so lepas ni kuna tukar trick la….suruh jangan subuh terus la lepasni??
Hahahaha so agree with this. Old trick.
Sempat lagi perli ex husband x penah solat skali la tu… Sabar elly. . Lelaki ni cepat berubah… Tanamkan cinta dengan Allah dulu. Tutup aurat.. Kawin kerana Allah.. Bukan sebab laki jaga solat… Ya doa la elok2. Tapi kene juga waspada. Jangan aibkan sape2. InsyaaAllah tenang hati… Doakan rumahtangga yang akan dibina bersederhana dan bahagia till jannah
Sy suka komen anda.sgt jujur
Retis…
Pong pang sebelum nak kahwin…
Pong pang bila bercerai….
I just rolled my eyes.
Yg pnting sblm sah elok jgn prcya dlu.lki ni klu x dpt pe yg dia nk,blh tukar watak trus.beserah pd Allah dn bykkn solat istikharah.
Kak lina pun merenyam mcm pacat kene garam.pakai elok2 kaklina jumpa bakal mak mentua tu..kang kene rejek.ktkyah buat manje2 hokayy.kak lina dh nak masuk 40 tau..geli i.
Hahahahhh