fbpx

Elly Mazlein Sudah Sedia Untuk Berkahwin Lagi

Mengakui hatinya kini sedang berbahagia, Elly Mazlein memberitahu dirinya sudah bersedia untuk bernikah. Sifat penyayang jejaka yang dikenali sebagai Papa pada anaknya, Sefhia telah membuka pintu hatinya.

BACA: Elly Mazlein Terima Cincin Assalamualaikum Dari ‘Papa’

“Alhamdulillah saya kini sedang dalam fasa bahagia. Walaupun baru mengenalinya, melihat kesungguhannya menghabiskan masa dan mendekatkan diri dengan Sefhia meyakinkan lagi diri saya untuk segera bernikah”

“Insya-Allah saya sudah bersedia 90 peratus untuk menjadi isterinya dan menjadi impian saya untuk bersolat dengan suami satu hari nanti. Dia juga tidak pernah lupa mengingatkan saya untuk selalu mengerjakan solat”

Selain itu, Elly turut memaklumkan bakal bertemu dengan keluarga jejaka berkenaan dalam masa terdekat ini di Kelantan. Bagaimanapun sehingga kini Elly masih berahsia tentang identiti jejaka bertuah itu.

“Jika tiada halangan saya akan bertemu keluarganya di Kelantan dalam masa terdekat ini. Dia adalah anak kelapan daripada 13 beradik. Pasti saya sangat teruja kerana saya datang dalam keluarga yang tidak besar sepertinya,” jelasnya.

Terdahulu Elly pernah bernikah dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 dan bercerai pada tahu berikutnya. Hasil perkahwinan itu, Elly dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Sepfhia. (rtky/w)