fbpx

“Tak Reti Nak Respek, Saya Nak Berhenti Guna Nama Waris”

Rasa kurang dihormati oleh segelintir masyarakat, penyanyi rap Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias membuat keputusan untuk berhenti menggunakan nama komersialnya itu meskipun hampir lapan tahun dikenali dengan nama tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Waris memberitahu dia sudah tidak tahan lagi apabila ada mereka di luar sana memanggilnya dengan nama ‘jolobak ko jolobu’, malah ada yang tidak memanggil namanya.

BACA: Waris Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

https://www.instagram.com/tv/B40DbxaH5nl/?utm_source=ig_embed

“Saya nak ambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada semua orang jika saya pernah lakukan kesilapan, tak pernah bagi ambil gambar atau pun pernah tercakap benda buruk atau terulakan hati korang semua.

“Saya rasa dah tak tahan. Minta maaf, saya nak berhenti. Saya nak berhenti menggunakan nama Waris.

“Bila jumpa orang dekat luar, mereka tak reti nak respek, ada yang siap tak panggil nama. Panggil dengan nama jolobak ko jolobu (lirik lagu Gadis Jolobu),” katanya.

Dalam pada itu, Waris turut meminta pendapat peminatnya untuk memberikan idea nama baharu yang sesuai untuk digunakannya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menasihatinya untuk mengekalkan nama komersialnya kerana nama Waris itulah yang melonjakkan namanya di dalam industri seni tanah air.