fbpx

“Tak Rasa Seksi Pun, Itu Gaya Pemakaian Setiap Hari”

Meskipun sudah mendirikan rumah tangga, namun gambar pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan tetap menjadi tempat lelaki meninggalkan komen-komen gatal dek kerana cara pemakaiannya dikatakan terlalu seksi. Elizabeth Tan

Bagaimanapun, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berkata pakaiannya tidaklah dilihat seksi. Malah, Lizzy menafikan dia sengaja berpakaian seksi untuk meraih perhatian ramai.

BACA: Elizabeth Tan Bosan Duduk Di Rumah Sampai Tertonggeng

“Saya tak rasa seksi pun kerana itu gaya pemakaian setiap hari. Saya tak sengaja pun berpakaian begitu.

“Kalau bandingkan dengan sebangsa saya yang lain, ramai lagi berpakaian jauh lebih seksi. Jadi tiada keperluan untuk saya ambil kisah mengenai tanggapan seksi itu,” katanya.

Dalam pada itu, Lizzy berkata dia tidak kisah jika ramai yang mengikutinya di media sosial kerana penampilan serta tidak terkesan dengan komen nakal kaum lelaki.

“Saya gembira dengan sokongan siapa pun peminat saya tanpa peduli apa alasan mereka. Walaupun saya sudah berkahwin, tidak ada apa pun yang berubah mengenai diri saya.Suami baca komen mereka pun tak peduli sangat. Bahkan, dia cuma gelak saja,” katanya.