fbpx

Elizabeth Tan Bosan Duduk Di Rumah Sampai Tertonggeng

Umum mengetahui, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun lalu sehingga 14 Jun ini dan hari ini sudah pun memasuki hari ke-8.

Bagaimanapun, perkongsian pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya yang bosan menjalani lockdown di rumah.

BACA: Suami Tak Kisah Elizabeth Tan Terima Komen Lucah

Malah, Elizabeth juga sentiasa menghitung hari menunggu tamatnya perintah lockdown. Seperti sudah dijangka perkongsiannya itu dihujani dengan komen dari lelaki ‘miang’ yang mengatakan Elizabeth sampai tertonggeng kerana kebosanan.

Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan supaya menghabiskan masa dengan bermain permainan video atau meluangkan masa dengan suami.