fbpx

“Tak Rasa Fizo Omar Nak Ngorat Saya Sebab …”

Gara-gara komen ditinggalkan Fizo Omar yang dianggap mahu ‘mencuba nasib’, nama pengacara, Hawa Rizwana tiba-tiba sahaja dikenali ramai. Jelas Hawa, hubungannya dengan Fizo hanya sekadar abang dan adik sahaja.

BACA: Fizo Omar Diusik Cuba Pikat Pembaca Berita Kerana Komen Di IG

Menurut Hawa, beliau mengenali Fizo beberapa tahun yang lalu menerusi bapanya yang suatu ketika dulu menjadi pengarah di UiTM Arau, dimana Fizo ketika itu menjadi salah seorang alumni disitu.

“Saya tak rasa dia nak try saya pun sebab hubungan kami macam adik dengan abang sahaja. Saya anggap gosip yang timbul itu sekadar usikan daripada peminat. Lebih-lebih lagi kerana status duda yang dipegangnya”

“Saya memang peminat abang Fizo dari dulu. Selain mengenali abang Fizo sebagai seorang pelakon, saya kenal dia kerana dia adalah kenalan ayah. Ayah pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan abang Fizo salah seorang alumni”

“Dia lebih rapat dengan ayah kerana mereka pernah bermain bola sepak bersama-sama,” jelasnya mengenai desas-desus komen yang ditinggalkan Fizo di ruangan komen Instagramnya baru-baru ini.

Biasalah bila sudah memegang status duda pasti ada saja pihak yang mengusik manja. Tapi jika benar niat Fizo mahu ‘mencuba’ apa salahnya, dua-dua juga rasanya masih tidak berpunya bukan? (rtky/w)