Berita perceraian Fizo Omar dan Mawar Karim tertanya mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, tiada siapa menyangkan mahligai yang dibina selama enam tahun itu sudah pun berakhir.
Kisah perceraiannya masih lagi menjadi bualan ramai, namun timbul pula gosip mengatakan Fizo cuba untuk memikat pembaca berita jelita, Hawa Rizwana.
BACA: “Saya Tak Pernah Menyusahkan Mawar” – Ibu Fizo
Isu itu timbul apabila Fizo dilihat menginggalkan komen di Instagram milik pembaca beritau itu yang bertugas pada Hari Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai lalu.
https://www.instagram.com/p/B0itIS1gUPo/?utm_source=ig_embed
Komen Fizo itu ternyata menjadi perhatian ramai dimana ada netizen menyakatnya mahu memikat pembaca berita itu meskipun komen itu hanyalah sekadar ucapan tahniah.
Meskipun disakat netizen, pembaca berita berkenaan dilihat tenang membalas komen Fizo dengan ucapan terima kasih. Jika dilihat pada komen tersebut, hubungan mereka hanyalah sebagai rakan sekerja dan tidak lebih daripada itu. Apa pun netizen pun janganlah cepat sangat membuat spekulasi.