fbpx

“Tak Pernah Sehari Saya Tak Ucap ‘I Love You’ Pada Sam”

Sudah hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendedahkan tidak pernah pergi berbulan madu seperti pasangan lain.

Baru saja menyambut ualgn tahun perkahwinan kelima, Sam dan Syatilla percaya hubungan intim dalam perhubungan suami isteri sangat penting untuk kebahagiaan rumah tangga.

BACA: Syatilla Melvin Rasa Tak Salah Suami Kongsi Foto Pegang Payudara

“Sejak bergelar suami isteri, kami memang tidak pernah honeymoon (berbulan madu).

“Sebenarnya, mengikut perancangan awal, kalau tidak disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini (8 Februari) iaitu tarikh ulang tahun perkahwinan, kami nak pergi berbulan madu di suatu tempat namun terpaksa dibatalkan,” katanya.

Sam berkata dia dan isteri sentiasa mencari ruang untuk menjadikan hubungan intim antara mereka sama seperti hari pertama perkahwinan dan Syatilla berkata dia sentiasa ucapkan sayang kepada suaminya.

“Hubungan intim itu penting antara suami isteri. Penting untuk rasa ‘keseronokan’ itu dalam hubungan rumah tangga.

“Tak pernah sehari pun dalam tempoh perkahwinan, saya tidak ucapkan ‘I love you’ kepada Sam. Saya percaya, penting untuk merasakan hari-hari seperti hari pertama perkahwinan,” katanya.