fbpx

Syatilla Melvin Rasa Tak Salah Suami Kongsi Foto Pegang Payudara

Baru-baru ini perkongsian Shaheizy Sam yang memuat naik foto bersama isterinya, mengundang kecaman ramai apabila ramai yang kurang senang dengan aksi Syatilla Melvin seolah-olah sedang memegang payudara.

Merasakan bukan satu kesalahan untuk suaminya berkongsikan gambar tersebut, Syatilla berkata terpulang kepada setiap individu itu untuk menghakimi foto berkenaan.

BACA: Pose Pegang Payudara, Netizen Suruh Shaheizy Sam Padam Gambar Isteri

“Mulut netizen memang saya tidak boleh tutup. Apa yang suami atau diri saya sendiri kongsi di media sosial, ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.

“Saya tidak rasa foto (pegang payudara) itu salah. Netizen ingin kritik, silakan. Saya rasa perkongsian foto itu satu perkara yang biasa. Mereka ingin hentam, saya buat tidak tahu sahaja,” katanya kepada Kosmo!

Dalam pada itu, Syatilla meluahkan rasa syukur dia baru melakukan menjalani pembedahan membuang tonsil di sebuah hospital swasta pada Rabu lalu selepas dua tahun menderita tonsil bengkak.

“Sudah dua tahun saya menderita tonsil bengkak. Asyik demam sahaja dan saya nekad buat pembedahan apabila muncul bau-bau yang kurang menyenangkan datang dari mulut dan bahagian tekak.

“Alhamdulillah, saya lega dan bengkak pun sudah tiada sangat. Tidak boleh bercakap banyak sangat dan doktor menyarankan saya untuk berehat,” katanya lagi.