fbpx

“Tak Pernah Berangan Dapat Datuk, Saya Hanya Naik Proton Saga”

Sudah lama berada di dalam industri hiburan tanah air dan pernah membintangi ilem bercorak ketenteraan seperti Darah Satria dan Prebet Lapok, pelakon dan pelawak veteran, AR Badul tidak pernah mengimpikan untuk dikurniakan pangkat Datuk.

Baginya, pangkat tersebut perlu diberikan kepada veteran tentera yang benar-benar layak atau kepada mereka yang menjaga keselamatan negara. Menurutnya lagi, pelakon adalah penghibur sahaja dan mendapat bayaran.

BACA: Anak AR Badul Meninggal Dunia Terkena Tembakan

“Saya tak pernah berangan nak dapat Datuk. Berilah kepada veteran tentera yang benar-benar layak serta anggota bomba dan polis yang menjaga keselamatan negara. Ini baru dikatakan tugas untuk negara.

“Pelakon dan penyanyi adalah penghibur saja. Kita hiburkan orang dapat bayaran, bukan percuma,” katanya kepada Harian Metro.

Meskipun sebelum ini ada pihak mempertikaikan mengapa dia tidak diberikan Datuk sedangkan sudah banyak berjasa kepada industri perfileman termpatan, namun selagi dia hidup bersederhana tidak perlu berikan pangkat tersebut kepadanya.

“Selagi saya naik kereta Proton Saga atau menunggang motosikal ke pasar membeli ikan, janganlah bagi Datuk kepada saya.

“Saya ada ramai kawan bergelar Datuk dan mereka layak bawa pangkat itu kerana ada perniagaan bernilai jutaan Ringgit. Kehidupan mereka amat berbeza dibandingkan dengan saya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta masyarakat untuk menilai bagaimana artis lain boleh dianugerahkan pangkat itu. Malah, beliau turut pelik ramai artis berlakon filem patriotik namun mereka yang tidak berkaitan pula tiba-tiba mendapat pangkat.