Anak AR Badul Meninggal Dunia Terkena Tembakan
Seorang pegawai komando dari 11 Gerup Gerak Khas meninggal dunia dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi, Sabah, awal pagi tadi.
Harian Metro melaporkan pegawai berkenaan dikenali sebagai Mejar Mohd Zahir Armaya yang merupakan anak kepada pengarah dan pelakon AR Badul.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa memakai berbaju putih dan bertopeng beraksi sebagai penjenayah yang ditembak mati oleh anggota tentera.
Mangsa rebah dan diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan. Malangnya, mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan muka berlumuran darah.
Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sebelum disahkan meninggal dunia.
- SUMBER
- Harian Metro
Innalillahi wainnailaihi rojiun. Takziah buat keluarga Allahyarham.
Aksi gimik tapi guna pistol betul
ya allah, kecuaian apa ni???
Cmne sop komando bole cuai guna peluru hidup masa raptai? Cuainya pegawai yg check senjata, peluru.
Moga d tempatkan bsm para solihin
KOMANDO mmg latihan ke persembahan pakai peluru hidup..
Samann jangan tak saman..saman 50juta bagi mat sabu terkincit…confirm menang..sbb itu dikira kelalaian..mana bleh buat aksi utk tontonan umum pakai peluru betol…nanti kena penonton lagi parahhhh..samannnn…
Saman!
Memang dia orang pakai peluru hidup, komando bukan pengakap. Masalahnya vest tu tembus. Kesian arwah. Dia very senior shooter.
To AIDA MUSE
Bkn vest tembus. Mamat tu bkn ke berdarah kat area kepala. Kepala tarak vest2. Ni yg aku fhm kan masa dgr berita td.
Kalo salah, sesiapa tolong betulkan ples
Sungguh bahaya kalo guna peluru hidup. Sepatut nya SOP yg ketat jika guna peluru hidup. Takziah utk keluarga beliau.
Kena belakang. Berdarah keluar ikut mulut sebab impact! Kau ni, semua orang kat situ nampak la .. kalau kena peluru hidup di kepala, mau berkecai kepala tu! Dah la tembak dekat kurang dari 10 meter. terima lah hakikat vest dia tembus. Macam-macam la konon tersasar la apa la .. ramai saksi lah pagi tadi!
Alfatih