Tak Perlukan Lelaki, Fatin Afeefa Tak Minat Nak Kahwin
Berdepan kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini, pelakon kontroversi Fatin Afeefa berkata dia tidak berminat untuk berkahwin buat masa ini kerana baginya perkahwinan memerlukan pengorbanan.
Meskipun perlu memikul tanggungjawab berat sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata, namun Fatin berkata dia gembira dengan kehidupannya itu kerana dapat memberi perhatian pada anak dan kerjaya.
BACA: Kerana Harta Pusaka, Fatin Afeefa Tak Mengaku Saudara?
“Buat masa ini, saya tak berminat mahu mendirikan rumah tangga. Saya gembira dengan kehidupan hari ini kerana dapat fokus kepada kerja dan keluarga. Sekiranya berkahwin semula, saya kena fikir soal keperluan suami, makan minum dan kelengkapan. Jadi, buat masa ini, saya gembira hidup sendiri.
“Ramai peminat menyuruh saya berkahwin, tetapi saya tak akan berkahwin untuk memuaskan hati orang. Jika bahagia tidak mengapa. Kalau merana, saya juga yang tanggung nanti. Jadi, tak perlulah saya mengikut kehendak sesiapa,” katanya kepada BH Online.
Kehidupannya kini sudah lengkap dengan kehadiran sepasang cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia, Fatin enggan menambahkan sakit kepala dikurniakan zuriat sekiranya berkahwin.
Bagaimanapun, Fatin berkata dia mungkan akan memikirkan semula hal kahwin apabila usia mencecah usia 35 tahun. Jelasnya lagi, dia tidak perlukan insan bernama lelaki dalam hidup dan tanpa lelaki dia tetap boleh hidup mewah.
“Prinsip hidup, tak perlu fikir apa orang nak cakap. Saya tak tidak perlukan lelaki dalam hidup. Walau tanpa kehadiran lelaki sekali pun, saya masih mampu menikmati kemewahan dengan cara tersendiri.
“Jangan dekati saya kerana tak suka orang mendekati. Jika ada yang mengatakan saya ‘high maintenance’, saya tidak suruh pun orang jaga saya.
“Saya hidup mewah sebab saya bekerja. Saya mempunyai beberapa kontrak jangka masa panjang, jadi apa alasan tidak mampu pakai apa yang ingin dipakai? Saya mampu dan saya tak perlukan lelaki tanggung saya,” katanya.
Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Juvana, Adam Shahz pada 2013, sebelum berpisah kira-kira empat tahun lalu.
- SUMBER
- BH Online
Mag sila komen sikit. Haha
basah
Skrg…esok lusa tak tahu.
Phookey leper. Tak best
Care less is happy.
If i am her, i will say the same thing. I have my own children, freedom and money. If having husband bring less happiness into the family, why bother having one. She got what she need and that is more than enough.
Agree
Makcik makcik atas ni tak payah bongkak lah, korang tetap memerlukan lelaki dalam hidup. Best sangat ke menjanda or jadi andartu?!!!!!
Tuah dh smpai sini ke? Guys with ego akan kata confidence as being arrogant or bongkak..being a single mother is far far far better than being in an unhappy and tortured marriage..yg membebankan yg menyakitkan hati n jiwa tp atas dasar suami jalan ke syurga maka bertahan la para isteri demi anak2..ikutkan hidup lebih tenang bersama ibu ayah , anak2 n boleh fokus ibadah..semua tu jalan ke syurga yg lebih membahagiakan dr kekal dalam marriage yg penuh penganiayaan fizikal mental n emosi..
Mmg kami perlukan lelaki dalam hidup kami ye Tuah tp x semestinya sbg suami. Maybe hanya sbg tukang mesin rumput, abg wiring ,handyman mechanic.Byr je utk segala kerja2 berat yg perlu dilakukan oleh org lelaki. Klau nak kasih syg dr lelaki,kami ada anak lelaki,ayah, abg,adik lelaki n bapa saudara utk kami menumpang kasih. Klau ada suami pun belum tentu dia tatangkan kami bagai minyak yg penuh.Dia mungkin hanya tau nk penuhkan nafsu n keperluan dia sj.Btw, best ke x j adi janda or andartu bkn kerja kami, tu rahsia Allah bab jodoh n rezeki. Sila phm n hadam ye Al-Quran seperti mana kaum lelaki pandai guna hadis n sunnah psl layanan atas unta n hak kawen byk.
Kaki minum
Kaki suami orang
Kaki kelentong