Kerana Harta Pusaka, Fatin Afeefa Tak Mengaku Saudara?
Belum reda kontroversinya didakwa menjalin hubungan cinta dengan suami orang dimana merupakan lelaki yang sama pernah dikaitkan dengan isu terdahulu, nampaknya nama Fatin Afeefa sekali lagi menjadi bualan di laman Twitter.
Hangat diperkatakan apabila seorang netizen menggunakan nama @sharizrosee mendakwa Fatin yang merupakan sepupunya telah memutuskan hubungan saudara diantara mereka dipercayai berpunca daripada harta pusaka.
BACA: Fatin Afeefa Didakwa Masih Keluar Dengan Suami Orang
Dedah gadis itu, keluarga Fatin tidak mengaku hubungan keluarga mereka kerana enggan umum mengetahui akan kewujudan mereka adik beradik. Lebih mengejutkan, gadis itu mendakwa keluarga Fatin hidup atas harta arwah ibunya.
Dakwa gadis itu lagi, Fatin pernah mencuri gelang dan rantai emas milik ibunya sendiri. Tetapi, abangnya pula dituduh mencuri sehingga menyebabkannya ditahan oleh pihak berkuasa, malah dibelasah ketika berada di dalam lokap.
Kata gadis itu lagi, pendedahan itu dibuat adalah kerana ingin menegakkan kebenaran dan hak keluarganya. Jelasnya lagi, selepas dia membuat pendedahan tersebut, ramai yang berdepan nasib yang sama dan tidak berani bersuara untuk mendapatkan hak mereka semula.
Dalam pada itu, dia berkata ada saudaranya meminta untuk memadam perkongsian tersebut kerana mahu berjumpa dan berbincang secara baik. Namun, gadis itu berkata sebelum ini dia pernah mengajak untuk berbincang namun pihak Fatin enggan memberikan kerjasama.
Perkongsian gadis itu ternyata menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut kerana tidak menyangka bahawa Fatin dan keluarganya tergamak berbuat demikian.
Difahamkan perkongsian tersebut kini mendapat 14 ribu ‘Retweet’ dan mencecah hampir 28 ribu tanda suka. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Fatin berhubung isu berkenaan.
- SUMBER
- Murai.my
hidup kalau disumpah org, mesti tak keruan hidup.
Dia ni mesti perangai teruk. Semua cite pasal dia buruk2. Orang sarawak memang camni ek??
jual la cerita peribadi demi nak kjar populariti ….
sudahlah beb…. kalau cantik xper. ..x kan naik le kalu setakt muka maid filipino gini
Perangai hudoh…muka x seberapa. Elok la jdi penyondol …ko pun dah boleh agak kan?
punan penan kenyah melanau iban
ikut wiki, fatin lahir di KL (13/7/94)…….kalau pun betul dia tu org Sarawak, bukan lah boleh dijadikan bench mark utk kata semua org Sarawak sebagai teruk…
knp media msia suka kasi publisiti pd retis sampah?
Heiii korang ni asyik negatif ajer..cuba doakan yg terbaik.Mana tau dia terpaksa cari laki org.
Habis satu persatu perangai Fatin didedahkan
Dari pengakuan isteri orang..
Dari sepupu sendiri…
Dari perangai dia sendiri..
Popcorn… Popcorn panas… Mari layan cerita panas
Jijik!