Tak Perlu Saman, Nubhan Harap Siti Nordiana & Rakan Artis Berdamai
Tampil memberikan pandangan mengenai kontroversi teman duetnya, Siti Nordiana dengan beberapa rakan artis, penyanyi Nubhan berkata dia tidak menyangka perbalahan antara mereka sampai ke tahap saman menyaman.
Nubhan berkata tiada keperluan untuk saman menyaman dan isu tersebut boleh diselesaikan secara baik. Ujarnya, bergaduh antara rakan itu perkara biasa.
BACA: Tiada Permohonan Maaf Diterima, Siti Nordiana Tetap Teruskan Saman
“Kasihan rakan duet saya ni. Tak sangka isu kawan boleh membawa kepada tindakan saman menyaman. Gaduh sikit, lepas cakap itu biasa dalam berkawan.
“Saya pun pernah gaduh dengan deorang, pastu baik balik. Lepas tu gaduh kejap, tiba-tiba bercuti sama-sama. Macam itulah ulang-ulang sampai abang Jamil …,” katanya.
Mengulas mengenai isu tidak membayar makanan ketika mereka keluar, Nubhan berkata ianya hanya gurauan antara rakan-rakan dan bukan perkara serius.
“Saya kalau kluar ngan diaorg ni sentiasa akan gaduh bila makan…berebut masing-masing nak mengelak bayar. Bukan tak ada duit tapi dah pangai memasing macam tu. Layan je la. Gurau-gurau kan. Nothing serious,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nurhan berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi mahu melihat mereka dapat menyelesaikan segala permasalahan dengan baik serta bermaafan dan berdamai.
“Maaf bermaafan lah. Kita tak nak tahu pun siapa betul siapa salah. Bila jadi sesuatu perkara, sure masing-masing ada salah, kawan kannnn?
“Memang mulut longkang tu perkara biasa. Tu jugak yang kita kawan, tu juga yang dah bertahun-tahun pun. Bukan nak pertahankan sesiapa, cuma nak tengok korang berdamai,” tulisnya.
- SUMBER
- Kosmo!
Bergaduh tu memang la perkara biasa. Tipu kawan takde gaduh. Tapi ni kau membawang pasal kawan tu depan public, bukan gaduh dah tu. Tak puas hati cakap depan depan, tak pun kau bawang sesama sendiri in private, bukan through live.
Ya. Tkyah la buat live. Aib oiiii
Ni apa cerita.
Gurau masing2 tak nak bayar dah kenapa. Habis tu sape nak bayar. Faham sbb apa kalau asyik Nana yg kena bayar, angin juga kalau macam tu. Sama2 makan sama2 hulur senang.
Saman jgn acah je. Mula2 kena bayar wang pendahuluan pd loyar. Sebelum bicara kena failkan dokumen kat mahkamah pun kena bayar dulu. Mula bicara mungkin 3 bulan lepas fail dokumen. Yg berat sekali nak panggil kawan2 jd saksi. Ramai yg x nak masuk campur bila ajak gi mahkamah. Keputusan mahkamah mungkin menjangkau 2 tahun. Menang loyar dpt persen dari award. Kalu kalah pun kena bayar pd loyar.