fbpx

“Tak Perlu Gimik, Demo Lagu Sudah Ditonton 3 Juta”

Bulan lalu, penyanyi remaja popular Haqiem Rusli mengejutkan peminatnya apabila dia mengeluarkan kenyataan bakal bersara sebagai penyanyi selepas mengalami kemurungan teruk.

Dua hari lalu Haqiem Rusli mengesahkan bahawa dia akan terus menyanyi selepas mendapat sokongan dari ramai peminat dan juga rakan artis yang selama ini sentiasa bersamanya.

BACA: Ernie Zakri Dedah Haqiem Rusli Rancang Gimik Depresi?

Namun, semalam penyanyi Ernie Zakrie mendedahkan satu lagi perkara yang agak mengejutkan ramai dimana Haqiem tidak pernah mengalami masalah depresi sehingga menyebabkan mahu berhenti menyanyi. Semuanya hanya gimik yang sudah lama dirancang.

Berikutan isu tersebut, Haqiem Rusli menyangkal dakwaan bahawa depresi yang dialami olehnya sekadar gimik semata-mata untuk bagi mempromosikan lagu terbarunya berjudul Selamat Tinggal Sayang.

“Tak perlu gimik, demo lagu itu sudah ditonton lebih sejuta di YouTube. Namun saya tidak kesah kerana orang tetap akan bercakap tentang saya dan saya tidak akan balas kata-kata mereka,” katanya kepada mStar Online.

Haqiem juga turut membuat permohonan maaf di atas tindakannya yang mengumumkan keputusan untuk berhenti sebelum ini. Katanya lagi, tujuan kenyataan tersebut dibuat adalah untuk meluahkan apa yang dirasa dan caranya untuk berhubung dengan peminat namun disalah anggap.

“Siapa yang rasa saya permainkan, saya minta maaf sebab memang lagu ini saya sudah rekod awal. Kepada yang akan terus fikir negatif, saya tak kisah saya maafkan, orang nak kutuk hina pun tak apa, saya tak kisah pun,” katanya lagi.