fbpx

Ernie Zakri Dedah Haqiem Rusli Rancang Gimik Depresi?

Sebelum ini penyanyi Erni Zakrie melepaskan rasa marahnya menerusi Instagram apabila dipergunakan oleh sebuah radio stesen terkenal untuk menjadi sebahagian daripada program hanya untuk mempromosikan single terbaru Haqiem Rusli dan kisah depresinya yang menjadi topik perbualan.

Bukan saja Ernie yang melempiaskan rasa tidak puas hati, malah Ara Johari dan Wany Hasrita yang turut menjadi tetamu program itu juga turut meluahkan kenyataan pedas terhadap Haqiem.

Selepas memuat naik entri tersebut, Ernie mendedahkan satu lagi perkara yang agak mengejutkan ramai dimana Haqiem tidak pernah mengalami masalah depresi sehingga menyebabkan mahu berhenti menyanyi. Semuanya hanya gimik yang sudah lama dirancang.

Pendedahan oleh Ernie itu turut membuatkan netizen rasa marah dengan tindakan Haqiem yang dilihat cuba meraih publisiti murahan. Menurut netizen lagi, tekanan perasaan bukanlah perkara yang boleh dibawa main. Ada juga yang mengatakan, disebabkan gimik ‘bodoh’ sebegini lebih ramai yang akan membencinya.

Kalau betul apa yang dikatakan Ernie, isu kesihatan bukan boleh dibawa main.  Apa pun, tidak wajar untuk gunakan isu depresi semata-mata untuk mempromosikan lagu baru. Banyak lagi cara boleh digunakan.