Sebelum ini, susulan sindiran dibuat bekas isterinya, Mawar Karim yang memberi bayangan dia banyak menanggung keluarga, pelakon Fizo Omar berkata dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.
Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama Melodi, Fizo menegaskan sindiran tersebut merupakan satu fitnah yang boleh menjejaskan namanya dan keluarga.
BACA: “Kita Dah Ada Keluarga Masing-Masing, Jagalah Keluarga Sendiri” – Fizo Omar
Jelasnya lagi, tidak perlu ‘meroyan’ di media sosial dan jika tidak berpuas hati sebut sahaja nama dan bawa perkara itu ke mahkamah jika ianya perkara tidak benar.
“Sebenarnya saya agak ketinggalan, tidak tahu menahu sehingga salah seorang staff saya beritahu. Saya kurang jelas apa yang dimaksudkan tapi bila tengok respons daripada netizen memang itu ditujukan kepada saya.
“Sekiranya betul, saya rasa lebih gentle tak perlu berkias-kias, sebut sahaja nama senang kita ambil tindakan susulan. Pada saya itu satu fitnah yang boleh menjatuhkan reputasi saya dan keluarga.
“Sekiranya betul, be genuine, be gentle, sebut nama dan kemukakan bukti, petik nama. Jadi nama yang dipetik akan menjawab, mungkin akan kemukakan bukti siapa yang betul, siapa yang salah. Tak gentlelah nak meroyan kat media sosial seorang, tak puas hati, petik nama. Rasa kalau ada benda tak betul, kita pergi mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, Fizo berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan agar perkara itu tidak berulang. Ujarnya lagi, seleaps berpisah dia mengambil pendekatan berdiam diri kerana anak.
“Saya tak ada apa yang di takutkan, selepas berpisah, tiga tahun saya berdiam diri tak pernah buat sebarang kenyataan sebab saya memikirkan anak.
“Tiada angin tiada rebut kita nak sesuatu untuk dapat perhatian daripada orang, tak payah berkias-kias, straight to the point, kita tengok apa tindakan yang patut kita buat.
“Sekiranya saya nampak memang agak melampau, saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan dengan niat benda ini tidak berlaku lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Fizo berkata mereka sudah ada keluarga masing-masing dan lebih baik menjaga pasangan sendiri serta bersahabat baik demi anak mereka.
“Benda dah lepas, saya dah berkahwin, dah bahagia, dah berkeluarga dan dia sendiri pun dah ada pasangan dan keluarga. Jaga pasangan masing-masing. Tak perlu buang masa. Sama-sama kita bersahabat baik demi membesarkan anak, itu lagi bagus sebenarnya,” katanya.