fbpx

Susulan sindiran dibuat bekas isterinya, Mawar Karim yang memberi bayangan dia banyak menanggung keluarga, pelakon Fizo Omar berkata dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

Memetik mStar Online, menerusi temu bual bersama Melodi semalam, Fizo berkata tidak perlu mengungkit kisah lama dan kedua-duanya sudah pun memiliki keluarga sendiri.

BACA: “Difitnah Pun Adalah Salah Satu Rezeki, Ujian Yang Akan Berikan Kekuatan” – Fizo Omar

“Kita dah ada keluarga masing-masing. Jagalah keluarga sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Fizo memuat naik gambar bersama keluarganya dengan mengatakan bahawa difitnah juga merupakan salah satu rezeki serta rezeki ujian yang akan berikan kekuatan.

Terdahulu, Mawar memberitahu hidupnya kini lebih tenang bebanding dahulu. Mawar berkongsikan mengenai perkara itu menjawab komen netizen mengatakan dia tidak lagi cantik seperti dulu serta kasihan dengan usahawan tersebut.