fbpx

“Tak peduli Orang Nak Kata Saya Rindu Atau Gila Talak”

Sejak kebelakangan ini, Instagram Rita Rudaini menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu berkongsikan beberapa keping gambar lama anak-anaknya bersama bapa mereka, Aidil Zafuan. Namun, timbul rasa kurang senang kalangan netizen yang berpendapat Rita masih tidak boleh melupakan kisah lama.

Bagaimanapun, Rita memberitahu dia tidak peduli jika ada netizen mengatakan dia rindu bekas suaminya atau gila talak kerana foto yang dimuat naik itu adalah foto anak-anaknya bersama bapa mereka dan apa yang paling penting Allah tahu niatnya.

BACA: “Kami Bersedia Tunggu Aidil Kembali Ke Sisi Anak-Anak”

“Saya muat naik foto anak dengan bapa mereka saja. Bukan orang lain pun. Tak kan saya nak letak gambar anak-anak dengan lelaki lain pula. Benda positif pun saya kena kecam. Kalau tak letak, netizen persoalkan pula. Orang suka hati nak tuduh saya macam-macam.

“Tapi saya tak peduli, orang nak kata saya gila talak ke rindu ke, hanya Allah saja tahu niat saya,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Rita menjelaskan foto lama bersama Aidil disimpan adalah untuk kenangan anak-anak dan untuk memberitahu bahawa tiada masalah antaranya dengan bekas suami. Rita juga memberitahu,  dia tidak masalah sekiranya Aidil mahu kembali ke sisi anak-anak dan tidak akan menghalang perkara tersebut.