Enam tahun bergelar ibu tunggal bukan sesuatu yang mudah. Boleh dikatakan ramai wanita diluar sana mengagumi semangat kental Rita Rudaini yang mampu membesarkan kedua anaknya meskipun tanpa seorang insan dipanggil bapa.
Baru-baru ini, Rita ada memuat naik gambar anaknya yang jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati di atas apa yang berlaku itu serta memberikan kata-kata semangat kepada anaknya agar cepat sembuh.
BACA: “Kesian Tengok Daddy Dekat TV, Sepatutnya Duduk Tempat VVIP”
Bagaimanapun, ada segelintir netizen telah bertindak tag gambar berkenaan kepada bekas suami dan bekas keluarganya. Malah netizen juga dilihat turut meninggalkan komen kepada Aidil Zafuan meluahkan rasa kecewa dengan sikap pemain bola sepak itu yang tidak menjenguk meskipun anaknya sedang sakit.
Komen netizen-netizen tersebut mendapat perhatian Rita yang meminta agar tidak tag nama mereka kerana selama ini dia berusaha sendiri membesarkan dua anaknya tanpa bantuan sesiapa.
Dalam pada itu, ramai netizen mendoakan agar Rita terus tabah dan dipermudahkan segala urusan dalam membesarkan kedua anaknya. Meskipun ramai yang mengecam bekas suaminya, namun ada netizen yang berharap agar Aidil bertemu dengan anak-anaknya suatu hari nanti.