fbpx

“Kesian Tengok Daddy Dekat TV, Sepatutnya Duduk Tempat VVIP”

Pada perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki Rabu lalu, Rita Rudaini berkesempatan membawa anak-anaknya menonton aksi di antara Malaysia dan Thailand itu di sebuah restoran mamak. Rita turut berkongsikan video dimana anaknya bersorak gembira apabila pasukan bola sepak negara berjaya mara ke final.

Rita turut memberitahu anak-anaknya sangat teruja menonton perlawanan bola sepak itu di kedai mamak dan sanggup tengok walaupun didalam hujan demi untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia.

BACA: “Ada Orang Kurang Senang Jika Saya Berbaik Dengan Bekas Suami”

https://www.instagram.com/p/BrAdgs9hcGa/?utm_source=ig_embed

Video tersebut mengundang rasa sebak di kalangan netizen yang bersimpati dengan anak-anak pelakon itu yang hanya mampu menonton bapa mereka di televisyen sahaja. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka sepatutnya duduk di tempat VVIP di dalam stadium dan bukan menonton dari jauh.

Ada juga netizen mencadangkan agar Rita membawa anak-anaknya ke stadium untuk menonton aksi final itu nanti supaya boleh melihat bapa mereka dengan lebih dekat.

Terdahulu, Rita Rudaini mendedahkan ada individu tidak senang andai dia dan bekas suami, Aidil Zafuan berbaik demi anak-anak. Rita seolah memberi bayangan ada pihak yang busuk hati hingga melaga-lagakan hubungan mereka dan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa berjauhan dengan bapa kandung.