Pelakon dan penyanyi Azza Elite tampil meluahkan pendapatnya berkenaan kenyataan seorang wanita yang jatuh cinta dengan lelaki berstatus suami orang.
Menerusi hantaran di Threads, Azza berkata banyak lelaki bujang diluar sana boleh dijadikan daripada mengganggu rumah tangga orang.
BACA: Anak Hidap Autism Tahap Dua, Azza Elite Pilih Tolak Undangan Rumah Terbuka

“Tak payah nak jatuh cinta dengan suami orang sangatlah. Pilihan banyak . Dah tahu orang tu berbini nak juga dengan suami orang. Suami orang ni nampak kemas seba isteri dia jaga. Cuba orang lain jatuh cinta dengan suami awak lepas tu tulis macam ni, apa perasaan kita?” tulisnya.
Sementara itu, Azza turut menegur sikap segelintir wanita yang miang serta mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan perasaan orang lain.
“Wanita tak payah nak benak otak sangat boleh! Lebih pada menggatal miang dan paling utama sebab NAFSU,” tulisnya.