fbpx

“Tak Payah Jadi Bodoh Untuk Cepat Dapat Jodoh, Percaya Pada Allah”

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kenyataan oleh Prof Dr Muhaya Mohamad berkaitan wanita perlu nampak ‘bodoh-bodoh sikit’ untuk memikat lelaki.

Kenyataannya itu mengundang kemarahan ramai netizen serta disifatkan seolah merendahkan wanita. Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Sharifah Amani yang membidas kenyataan tersebut.

BACA: Sharifah Amani Seru Orang Ramai Hentikan Isu Perkauman

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Amani berkata tidak perlu jadi bodoh untuk bertemu jodoh kerana dia percaya jodohnya sudah tertulis dan percaya pada apa yang ditentukan oleh Allah.

“Jodoh saya sudah tertulis oleh Yang Maha Kuasa. Saya percaya dan saya berusaha untuk kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga sementara tunggu apa yang sudah tertulis buat saya.

“Tak payah jadi bodoh. Pegang pada iman, percaya dengan Allah. Insya-Allah, nanti dia (jodoh) sampai,” tulisnya.

Dalam pada itu, disebalik kekecohan isu jodoh dan bodoh itu, Amani sempat memberikan peringatan kepada orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Jodoh, jodoh jugak vaksin dah cucuk? Dah daftar? Kalau belum tekan pautan, https://vaksincovid.gov.my. Jodoh ke, tiada jodoh ke, akhirnya nanti kubur tetap sorang tau. Renung-renungkan dan selamat beramal,” tulisnya.